suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, June 14, 2010

Jangan tambah beban kami !!!


Golongan yang berpendapatan pertengahan telah mula bising-bising dan mahukan kerajaan berfikir sepuluh kali lagi sebelum mengambil keputusan untuk menghapuskan subsidi seperti yang telah di ura-urakan.

Dengan harga barangan keperluan asas dan lain-lain yang sentiasa naik tiap-tiap hari, golongan pertengahan ini sudah dapat merasakan yang mereka mahu atau tidak akan terpaksa berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar bilamana subsidi dihapuskan.

Biarpun kumpulan yang berpendapatan rendah juga akan turut menanggung beban ini tetapi mereka tidak perlu susah-susah untuk membayar cukai pendapatan, manakala golongan pertengahan ini pula terpaksa menanggung cukai pendapatan disamping terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan keperluan harian.

Jika kerajaan tetap dengan keputusan mereka untuk menarik balik subsidi, ia pastilah akan menjadi beban. Beban untuk kedua-dua belah pihak. Beban untuk rakyat dah tentu lah...begitu juga beban untuk kerajaan, sebab hak mereka juga akan dihapuskan oleh rakyat pada PRU-13 nanti.

Oleh itu sesuai sangatlah jika kita perlu amalkan sistem yang diperkenalkan Najib iaitu "You help me,i help you", jadi sesuai sangatlah jika kerajaan hapuskan subsidi, maka golongan pertengahan ini pula mahukan kerajaan menghapuskan cukai pendapatan untuk golongan-golongan ini.

Maka teringatlah pulak zaman Mahhathir dulu sekitar tahun 80an, biarpun inflasi cukup teruk namun tidak ada niat dalam hatinya untuk menyusahkan dan mebebankan rakyat.

Kenapa kerajaan bercadang nak hapuskan subsidi ketika mereka sibuk mengatakan ekonomi kita tumbuh dengan baik? Ketika berkata "Our economy is good, our fundamental is strong".

Bebanan rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan yang mempunyai kederaan juga sudah tentulah akan bertambah jika kerajaan sedang merancang untuk menjual harga petrol mengikut harga pasaran dimana pada waktu ini harga-harga kenderaan di negara kita tidak lah murah sepertimana harga kenderaan dinegara lain.


dollah yankee -
Kerajaan boleh hapuskan subsidi, tetapi mestilah berikan khidmat percuma untuk rawatan perubatan hospital, pengangkutan awam, serta pendidikan...

"We help you with those, you help us with these..fair is it?!, so? you think !!.."

No comments:

Post a Comment