suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 29, 2010

Jangan lah ada fikiran macam kepala otak orang umno !!!

Biarpun pembentukan geng 15 Ahli Parlimen PKR untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai MB ada lah merupakan satu spekulasi semata-mata, tetapi tidak dinafikan yang ianya ada dan ujud tetapi hanyalah sekadar sekumpulan orang yang berdarah panas, marah dan fokus mereka hanyalah ingin membalas dendam terhadap Khir Toyo dan geng-gengnya dalam UMNO Selangor... itu saja!

Dan pihak tertinggi PKR yang telah membuat keputusan untuk merombak barisan kepimpinan PKR dengan meletakan Azmin sebagai pengganti Khalid sebagai Pengerusi PKR Selangor adalah disebabkan mahukan tugas-tugas Khalid mentadbir dan memajukan lagi Selangor tidak terganggu kerana dalam kepala otak BN sekarang hanyalah mahu kusutkan dan kucar-kacirkan pentadbiran di-dua negeri kerajaan PR yang maju iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Gurkah-gurkah politik di'port' pagi ini telah menghubungi sahabat-sahabat mereka di Kuala Lumpur untuk bertanyakan perkembangan ini akhirnya telah mendapat jawapan kenapa silap paham ini terjadi.

Jawapannya ialah kumpulan 15 orang ini sebenarnya hanya lah tidak puas hati dengan Khalid disebabkan tindakan Khalid yang terlalu profesional dimana Khalid yang berpuluh tahun didalam dunia konglomerat sebenarnya masih belum mencapai tahap sebagai 'real politician' maksudnya Khalid ini terlalu lurus bendul, tak reti nak kona-kona, tak reti nak jahat. Sebab ahli politik yang sebenar mestilah seorang yang licik dan boleh jadi jahat dan boleh jadi baik.

Khalid selepas mengambil alih menjadi MB Selangor sehingga hari ini masih lagi mengekalkan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan umno Selangor dalam GLC's negeri. Khalid juga ada memberi projek-projek kerajaan negeri Selangor kepada ahli-ahli politik umno disana.
Macam mana kumpulan 15 ini tak marah? Ahli-ahli politik umno Selangor ini pula bila sudah dapat untung dari projek yang Khalid bagi, kemudian keuntungan dari projek itu disalurkan pula untuk menghentam kerajaan PR Selangor.
Khalid pula sebagaimana kita semua tahu adalah seorang konglomerat profesional, jadi bila mereka-mereka yang dalam GLC's negeri ini walaupun menyokong umno, tetapi mereka adalah pegawai-pegawai yang baik, yang cekap dan orang putih kata yang cukup 'competent', jadi tak patut dan tak adillah nak tendang mereka keluar hanya kerana mereka menyokong umno dan berbeza pendapat tentang pahaman politik, lagi pun mereka sudah lama di sana yang telah memajukan GLC's negeri ini. Lain lah kalau mereka ini cuba mensabotaj kemajuan dan pendapatan GLC's ini atau cuba menahan kemasukan pelaburan-pelaburan luar, tetapi tidak! sebab, walaupun mereka ini penyokong tegar umno tetapi mereka masih tetap setia sebagai pegawai bawahan Khalid.
Dan yang menariknya kata sahabat-sahabat kepada gurkah-gurkah politik di'port' ini ialah, 15 orang ini semuanya ada cita-cita nak duduk di kerusi-kerusi utama dalam GLC's negeri. Jadi bila tengok Khalid dok buat tak tau dan tak layan dan tak ambil pot tentang cita-cita dan angan-angan mereka, apa lagi? angin satu badan lah kata P.Ramlee ...


dollah yankee -
Ini Khalid pun satu daa...15 orang ini tak ada fulus, macam mana nak jaga naga-naga,boya-boya dan pedukang-pedukang dibawah?

1 comment:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Otak UMNO lebih baik dari OTAK OTAK Udang kerana pilih balik balik Azmin Ali. Apa dalam PKR tiada ahli yg lebih baik dari Azmin Ali. Semua jawatan yg di pegang oleh Azmin Ali bagai kita beri beruk atau monyet sekumtum bunga.
    Geng 15 Ahli Parlimen PKR kan dah dapat elaun AP tiap2 bulan apa tak cukup lagi ke? Kalau tak cukup maknanaya geng 15 Ahli Parlimen TAMAK. hj jamaludin

    ReplyDelete