suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 27, 2010

Istana yang dibina dengan air mata


Istana Negara yang baru yang bernilai RM800 juta yang sedang dalam pembinaan ini, sedang dibina dengan air mata. Itu yang dapat di-simpulkan.

Kontraktor utama projek ini ialah Maju Jaya Sd.Bhd., (siapa punya tak tau,sebab tak ricky) yang melantik pula lagi 130 sub-kontraktor lain dengan lebih dari seribu orang pekerja yang terdiri dari 95% pendatang asing. Semua negara ada, Nepal? Vietnam? Bangladesh? Pakistan?(yang halal ada, yang haram ada dan yang makruh pun ada).

Memandangkan Istana Negara ini dibina untuk kegunaan DYMM SPB YDP Agung, maka banyak pihak-pihak yang berkuasa yang terpaksa berkerja 'overtime' untuk mempastikan kelancaran pembinaanya. (yang penting 'by-hook or by-crook', cukup 'time' kena siap sebab Tuanku Mizan nak bersemayam)

Namun apa yang sedih ialah bila ramai pekerja-pekerja pendatang ini yang bekerja keras membanting tulang empat kerat mereka siang dan malam, 7 hari satu minggu 'non-stop' terpaksa bekerja dengan air mata sebab telah tidak dibayar gaji dan telah gaji mereka telah tertunggak di-antara 4 hingga 5 bulan oleh towkey-towkey kontrek ini.

Lebih dari setengah pekerja-pekerja pendatang ini tinggal dalam keadaan yang kecewa dan rasa takut di rumah panjang atau rumah kongsi di-tapak pembinaan itu terasa telah di-tipu, di-ekploitasikan dan seperti hamba abdi sebab mereka tidak mempunyai paspot dan permit kerja yang sah.(Sampai ada yang rasa macam telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat)

Bila pekerja pendatang ini bertanyakan tentang hal gaji mereka yang tidak dibayar itu, majikan pula seolah-olah cuba mengelak dengan mengugut akan memanggil polis untuk menangkap mereka.

Yang lebih menambah parah ialah, sudah la gaji mereka tidak bayar ada pula majikan yang mengambil kesempatan dengan menjadi ceti bila majikan ini memberikan pinjaman antara 50 ringgit - 1oo ringgit setiap minggu menyebabkan dah laa tak ada gaji, terhutang pula dengan towkey sendiri.


dollah yankee -
Bila dibina dengan air-mata maka teringatlah hadis ... doa orang yang teraniaya itu akan dimakbulkan tuhan ... bayangkan jika mereka berdoa "mamposs lah kerajaan malaysia!" (kerajaan malaysia sekarang siapaaa..???)

1 comment:

  1. Nama sebenar main kontrakor ialah MAYA MAJU SDN BHD. Dipunyai oleh orang UMNO dari Kedah..

    ReplyDelete