suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 23, 2010

Dr.Asri terperangkap !

Satu kelebihan yang ada pada umno yang parti lain tidak ada ialah umno cukup cekap, cukup 'champion' dalam hal nak kelentong dan nak gempak-menggempak.

Gempak terkini dari umno ialah bila Shahidan Kasim kata pada hari jumaat ini akan ada 100 ulamak yang hendak menyertai umno.

Orang yang mula-mula buat gempak ini ialah Setiausaha Eksekutif umno, Rauf Yusuf. Beliau telah gempak perkara kemasukan 100 ulama ini kedalam umno semasa membuat ucapan pada persidangan tahunan pemuda umno Bukit Bintang.

Lalu bertepuk tangan lah dan bersorak riang gembira kesekalian ali-ahli umno yang ada dan macam biasa juga muncul berbagai macam kenyataan, adayang kata ini satu berita besar, ada yang kata PAS sudah hilang kredibiliti dan juga yang kata it's a boost for umno.

Dalam 100 ulamak yang disebut, 99 tak ada nama, yang ada hanyalah nama Dr. Asri Zainul Abidin, bekas mufti negeri perlis yang penuh dengan kontrovosi.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula mula tertanya-tanya dan mempersoalkan apa sebenarnya motif dan 'game' yang sedang Dr.Asri cuba main. Sebabnya rasa macam baru sangat lagi kehadiran Dr.Asri pada muktamar PAS di Kota Bahru lepas telah di-sambut dan mendapat layanan karpet hijau oleh pemimpin-pemimpin PAS pada majlis itu, tau-tau bekas mufti yang 'jambu' yang wajahnya ala-ala 'baby-face' gitu akan diberi pula layanan karpet merah pula oleh umno.

Jika benarlah gempak dari umno ini tentang kemasukan Dr.Asri ke-dalam umno ini menjadi nyata pada jumaat nanti, maka gurkah-gurkah politik di'port' sudah kata yang Dr.Asri ini adalah tergolong dalam ulamak yang jenis serban boleh di-simpan masuk ke-dalam poket.

Sebabnya? Sebabnya ialah kerana pada masa ini Dr.Asri sedang berhadapan dengan dakwaan dari mahkamah syariah dimana Dr.Asri telah di-dakwa mengajar agama tanpa tauliah di-negeri Selangor dan satu lagi kes pula ialah saman dari Ustaz Nakhaei Ahmad yang bernilai 1.5 juta ringgit.


dollah yankee -
Ulamak pun ada yang macam-macam ...

No comments:

Post a Comment