suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 08, 2010

Bila rakyat terkejut,mereka akan melatah. Bila dah melatah, mereka akan terpangkah PR pada PRU-13 nanti.

Jangan kata rakyat Malaysia, anak beruk ni pun terkejut...
Terkejut ... Ismil Sabri Yaakob terkejut bila pekedai-pekedai runcit cina dalam Malaysia telah membuat ketetapan akan memberhentikan dan memboikot penjualan gula, tepung dan minyak masak bermula dari 15hb Jun ini berikutan dengan arahan nya yang barang kawalan diatas memerlukan lesen untuk dijual.

Nota:- Benar dan teramat benar akan kata-kata http://tukartiub.blogspot.com , yang memerintah negara dan yang membuat dasar-dasar adalah para-para cukong.

Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan kata-kata yang 13 Mei akan berulang tetapi bukan dengan dengan pedang dan parang tetapi dengan duit dan ekonomi. Memang cukong-cukong ini durjana dan kurang ajar!


Ini lagi terkejut ... bila skandal PKFZ yang membuatkan Ong Tee Keat ditendang keluar dari kerusi Presiden MCA dan juga kerusi kabinet, dan orang yang menggantikan tempat Tee Keat pada hari pertama mula masuk opis Kementerian Pengangkutan, awal-awal lagi dah bagi tahu yang skandal PKFZ tidak perlu untuk disemak semula olehnya.

Macam mana nak semak, semua orang dah dapat sorang sikit ... UMNO dapat, MIC dapat, MCA lagi banyak dapat. Yang ganti Ong Tee Keat ini pun kalau nak tunjuk hero, nak tunjuk jaguh, nak tunjuk dia lah champion, dia pun akan kena tendang.


Yang ini pula kalau siapa ada sakit jantung, memang akan mati mengejut ... Pelabuhan-pelabuhan besar dalam Malaysia telah menerima kemasukan kapal-kapal yang membawa macam-macam punya kargo dari Israel sejak dari tahun 1998 lagi.

Oleh kerana banyak negara-negara islam termasuk lah Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dan tidak mengiktiraf Israel, juga telah mengharamkan pelabuhan-pelabuhan mereka menerima kemasukan kapal-kapal kargo ini, maka sebuah 'shipping line' yang mempunyai berbagai jenis kapal-kapal telah ditubuhkan dan beroperasi disebuah negara yang berkecuali iaitu Hong Kong.

Bagi mengelakan kapal-kapal kargo ini dikenali sebagai milik Israel dan membawa barang dagangan keluaran Israel ke negara-negara islam yang mengharamkannya dari dilabuhkan, maka maka kapal-kapal ini akan mengibarkan bendera berbagai negara dimana kapal-kapal itu didaftarkan .

Port Kelang, Pulau Pinang, Pasir Gudang, Labuan dan Kuantan adalah pelabuhan-pelabuhan dalam Malaysia yang sering melihat kapal-kapal ini berlabuh.

Sememangnya mengejutkan, nasib baik lah pak cik-pak cik, makcik-makcik kat kampung-kampung kat felda-felda tak tau apa-apa dan tak berapa reti nak ambil tahu hal-hal yang macam ni, kalau tidak memang terkejut dan tergolek depa semua ...


dollah yankee -
Kalau rakyat biasa boleh tahu cerita-cerita macam ini, takkan lah kerajaan dan pak-pak menteri kita tak tahu kot?!!

2 comments:

  1. biasalah pak dollah, buah kurma israel pun bole masuk malaysia, chop made in egypt. pak dollah dok penang ka? ada satu kilang di penang material dia mai direct dari israel. kepala surat chop jerusalem, israel.

    ReplyDelete
  2. azmie ...
    woww..! menarik tuu...email mai tengok!

    ReplyDelete