suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 26, 2010

Tidak ada GAS yang boleh bagi Samy mati !!!




Samy Vellu ada pernah sekali bagi kenyataan terbuka ... "sebelum orang lain kasi saya lingkup, kasi saya jatuh, saya akan kasi itu orang mati".

Banyak orang sudah pernah datang untuk jatuhkan dan bunuh karier politik Samy Vellu, banyak orang sudah mencuba nasib untuk cuba melawan mahu jatuhkan Samy Vellu pada masa-masa lalu tetapi semua orang itu telah gagal dan Samy Vellu masih selesa memegang tampuk kuasa MIC.

Kalau kita masih ingat, MG Pandithan, S.Subramaniam, Kumanan Athi, mereka ini adalah orang-orang yang ada nama, tak termasuk berdozen lagi dalam MIC yang kita tak kenal yang merupakan ahli-ahli dan orang-orang lama dalam MIC yang turut mencuba nasib untuk memenggal kepala Samy Vellu, tetapi mereka juga gagal.

Samy Vellu masih lagi tetap terpacak di tempat nombor satu MIC selama 31 tahun. Dia adalah pejuang atau 'fighter' yang terus bernyawa dan terus hidup dalam banyak percubaan untuk membunuh karier politiknya.

Jika dibandingkan percubaan-percubaan awal sebelum ini yang lebih lagi hebat dari Pandithan, Subramaniam dan lain-lain orang lagi, apa lah sangat GAS ini, dan GAS ini tidak mampu langsung untuk menggoncang si Samy Vellu ini.



dollah yankee -
Samy Vellu kata ... " sapa ini orang Mugilan? ini budak kicik laa, saya mula pegang MIC, dia baru belajak hisap dia punya mak punya tetek laa..!"
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment