suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 09, 2010

Tak boleh sorok lagi, semua rakyat sudah tahu ...!!!


Seluroh rakyat Malaysia sudah tahu ...

Berita-berita dan cerita-cerita baginda Tuanku Sultan Kelantan yang sedang dikurung? ditawan? ditahan? di wad di-raja hospital Kelantan dan telah tidak dibenarkan kemana-mana, baginda mahu pulang ke istana tidak di benarkan, begitu juga bila mahu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan lanjutan, sudah tidak boleh disorok lagi.

Berita insiden bagaimana layanan pihak berkuasa iaitu pihak PDRM yang telah menyekat konvoi baginda sultan di luar istana, berita bagaimana layanan pihak polis terhadap ahli-ahli dan kaum kerabat keluarga di raja serta rakan-rakan baginda dan berita bagaimana peguam-peguam yang telah dilantik tuanku baginda telah tidak dibenarkan sebarang perberhubungan dengan tuanku sultan juga semua orang sudah tahu dan pun dah tak boleh sorok lagi.

Berita kegeringan baginda sultan dan tahap kesihatan baginda yang semakin membimbangkan rakyat Kelantan khasnya, juga sudah tak boleh ditutup lagi.

Berita bagaimana peguam-peguam yang dilantik telah men'fail'kan writ 'Habeas Corpus' untuk membebaskan tuanku yang sedang ditahan dan dikurung di wad di-raja hospital itu juga telah menyebabkan kesekalian rakyat terbeliak biji mata dan ternga-nga sebab terkejut dan telah mengesahkan kebenaran cerita-cerita yang didengar mereka sebelum ini. Lagi tak boleh sorok.

Dari hari ke hari sudah terkumpul terlalu banyak soalan dan terlalu banyak pertanyaan daripada jawapan.

Apa yang sebenarnya sudah terjadi?!


dollah yankee -
Bila tindakan pihak polis melalui unit UTK telah mengepong konvoi diraja dengan anggota-anggota yang bersenjata dan bertopeng ..... apakah ini masuk dalam kategori menghina sultan?!

No comments:

Post a Comment