suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 09, 2010

Selamat Datang ke 'Speakers Square'

Ketua wilayah utara akhbar The Sun, Himanshu Bhatt bersiap sedia untuk laporan...
Datuk Dr.Toh Kin Woon bekas EXCO semasa Gerakan memerintah pulau pinang dulu juga tidak mahu ketinggalan, tetapi sekali ini sudah sokong akan usaha-usaha Lim Guan Eng menyediakan sudut pidato ini dalam kebebasan bersuara.Blogger dari blog sembang-sembang forum juga ambil peluang bercakap tentang kebebasan bersuara dan kebebasan untuk mengakses kepada maklumat-maklumat yang melibatkan orang-orang awam.Dia ini telah melahirkan rasa tidak gembira dengan prestasi wakil-wakil rakyat yang tidak dapat dihubungi selepas habis pilihanraya, dia juga mengutuk keras wakil-wakil rakyat yang memainkan isu-isu perkauman,aku pun tak tau siapa dia ni,tapi dia seorang rakyat malaysia yang cukup perihatan.

Speakers Square telah dibuka dengan resminya dan pada hari mula ini hanya tiga pemidato yang telah mengambil bahagian. Biarpun begitu ramai orang awam beriadah di kawasan itu pada petang minggu ini, namun tidak ramai yang menaruh minat dan mengambil peluang untuk melihat dan mendengar mereka-mereka ini bercakap.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' yang sebelum ini beria-ria mahu bercakap tidak nampak pun muka mereka. Ricky punya ricky, rupa-rupanya sedang perkena nasi kandar di Jelutong...Kah..Kah..Kah..





1 comment:

  1. kedai nasik kandaq kat corner tu pun kira speaker corner jugak tu bang dollah. try pi jengok lepaih maghrib sat gi. berapi2

    ReplyDelete