suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 20, 2010

Rebus tak hempok. Bakar tak hangus

Gurkah-gurkah politik di 'port' turut tumpang sedih dengan kematian arwah Ramli Mohamad, pengawal istana Kelantan yang telah di tembak oleh orang yang tidak dikenali pada 1 mei lalu. Gurkah-gurkah politik di 'port' ini juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Ramli.


Amat menarik bila gurkah-gurkah ini telah menghuraikan tentang kematian arwah Ramli ini. Maka timbul lah bermacam-macam cerita mengikut pengalaman masing-masing berhubung dengan kes-kes yang 'rebuih tak hampok, bakaq tak hanguih'.


Biarpun jodoh pertemuan, AJAL dan MAUT itu ditangan tuhan, namun gurkah-gurkah ini terasa ada sesuatu yang menarik yang ada pada diri arwah Ramli, yang juga merupakan bekas anggota tentera yang telah berkhidmat semasa pengganas komunis bermaharaja lela dulu.


Boleh kah anda bayangkan? Beliau telah di tembak dari jarak dekat dengan empat das tembakan yang tepat di dada.


Kalau mengikut pengalaman dan perkiraan gurkah-gurkah ini yang begitu berminat dengan apa juga jenis senjata api, tembakan jarak dekat bermakna tembakan yang dilepaskan itu jaraknya adalah diantara 2 hingga 5 meter.

Woww..!! empat das tembakan tepat di-dada dalam jarak 2 - 5 meter? Meninggal hanya selepas 20 hari?? My God !!!




dollah yankee -
Maka teringatlah al kisah pemburuan polis terhadap mat komando suatu ketika tak lama dulu.

No comments:

Post a Comment