suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 28, 2010

Proton habis minyak !



Proton Holdings Berhad sudah kehabisan minyak kerana mengejar Volkswagen (VW) dalam usaha untuk bekerjasama.

Volkswagen (VW) yang dikabarkan sudah tawar hati dan sudah tidak mahu lagi menunggu Proton Holdings selepas VW berjaya membeli kepentingan didalam Suzuki dan Porshe, dan VW kini lebih berminat untuk menumpukan perhatian mereka dengan apa yang sudah ada didepan mata mereka.

Manakala di sebelah pihak Proton pula, mereka akan tetap meneruskan perjalanan mereka dengan minyak yang berbaki untuk mencari rakan baru dengan pihak lain dan sedang rancak merancang 'plan B'.

Kegagalan Proton dalam mengejar Volkswagen telah begitu mengecewakan mereka dan merupakan 'very big blow' untuk Proton Holdings.

Tidak lah jelas apa langkah Proton seterusnya selepas kegagalan mereka untuk mengikat Volkswagen.


dollah yankee -
Dulu riuh sangat kata yang banyak pembuat-pembuat kereta datang mengetuk pintu pejabat MD Proton untuk bekerjasama, sekarang apa sudah jadi?!

No comments:

Post a Comment