suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 30, 2010

'Prison Break'? hanya khabar angin lahhh..!


Di Pulau Pinang sehari dua ini heboh dengan khabar angin mengatakan 25 banduan yang sedang dipindahkan untuk ke penjara lain dengan bas penjara telah berjaya melarikan diri. Ini berikutan dengan rondaan helikopter polis yang tak putus-putus berlegar-legar dan menyuluh disetiap lorong dan di jalan-jalan raya siang dan malam, ditambah pula dengan 'road-blocks' dimana-mana sahaja dalam pulau dan di tanah besar yang telah menyebabkan sedikit gangguan kepada pengguna-pengguna jalanraya.

Di khabar anginkan juga yang kira-kira 300 mata-mata gelap dari Bukit Aman sedang berkampung di Pulau Pinang dalam usaha memburu banduan-banduan yang berjaya melarikan diri ini.

Perkara juga dikhabarkan telah dirahsiakan dari pengetahuan umum sebab tidak mahu orang awam bimbang.

Berikutan dengan khabar angin yang bertiup kencang itu dan secara kebetulan pula gurkah-gurkah politik di 'port' yang sedang bersantai dan sedang perkena 'senorita juice' di lobi hotel Traders, telah tersua dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ketika itu sedang kalut berjalan kaki balik ke opisnya di Komtar, gurkah-gurkah ini tak bagi peluang dan terus bertanyakan tentang hal ini.

Guan Eng juga nampak terkejut sakan dengan berita ini, "saya Ketua Menteri lahh.., tak kan mereka sanggup mahu merahsiakan tentang perkara ini dari saya?!" lalu tanpa berlengah dan tanpa disuruh dengan segera telah menalipon Ketua Polis Datuk Ayob bertanyakan tentang hal ini dan bercakap lebih kurang 10 minit.

"Don't worry lah, ini semua cuma rondaan biasa mencegah jenayah dimana pihak polis sedang menggandakan usaha mereka" Guan Eng berkata dengan senyum. "Mungkin sebelum ini jarang-jarang guna itu helikopter, sebab itu rakyat ada sedikit hairan dan terkejut" tambah beliau lagi.

Sebelum beredar Guan Eng menambah " ini orang yang bikin khabar angin, mesti kena kasi tangkap sama dia."


dollah yankee -
Antara nasihat yang aku terima..hati-hati jika tiba-tiba anda ada jiran baru pindah dari Kelantan,Pahang atau Terengganu.Mereka ini lah mata-mata gelap Bukit Aman yang sedang mencari maklumat.
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment