suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 13, 2010

Penang 'Speakers square' , boring !!!



Hari ini hari kedua minggu pertama 'speakers square' di Pulau Pinang di kunjungi untuk melihat apa ada perkembangan terbaru, atau ada apa benda baru. Tapi tidak ada benda yang menarik. Tidak ada orang awam yang minat nak tengok siapa nak bercakap didataran ini. Yang ada cuma lebih 10-15 orang saja. Yang ada cuma reporter, jurugambar dan sorang dua blogger, dengan mata-mata gelap dua tiga orang dan tiga empat orang muka yang sama di'speakers square' yang ada pada ahad lepas.

Nampaknya tidak ada pemidato baru yang muncul, yang boleh menghangatkan suasana disana. Yang ada pada hari kedua minggu pertama ini hanyalah seorang penjual ais-krim yang telah bercakap berkenaan dengan hal yang lebih menjurus kepada mengadukan permasalahanya tentang tiada tempat dan ruang yang sesuai untuk berniaga.

Selepas itu 'Minah Ronggeng' (gelaran yang diguna oleh blogger Tukar Tiub kepada Siti Aminah, bekas Ketua Wanita dalam cawangan PKR yang umum keluar parti dan menjadi calon bebas pada pilihanraya kecil Penanti lalu) mengambil tempat, bercakap benda yang sama yang macam orang lain yang anti PR bercakap, kerajaan negeri PR tak bagus lahh..tak itu lahh..tak ini lahh.. dan macam-macam lagi. Boring ! sebab Siti Aminah ini tak ada tanjak langsung nak jadi pemimpin.. berceramah, bercakap pun pakai teks ... macam baca buku daaa ...!

Sepatutnya 'speakers square' ini baik untuk ketua-ketua pemuda mana-mana cawangan umno atau mereka yang terlibat dalam parti politik belajar bercakap 'public speaking', berhujah, bersoal balas isu-isu yang dibawa dengan penonton yang datang melihat. 'Speakers Square' ini juga sepatutnya merupakan platfom yang baik untuk NGO-NGO atau apa-apa juga persatuan yang nak suarakan apa juga suasana yang tidak mengembirakan mereka atau apa saja isu, tetapi tidak ada yang mahu mengambil peluang yang baik ini. Rugi..rugi..! sebab 'speakers square' ini yang pertama kali ada dalam Malaysia


dollah yankee -

Sedang mencari seseorang dan bakat baru yang berani untuk di 'groom' menjadi pemidato kerana ada banyak idea, ada banyak benda yang boleh dicakap yang dijamin boleh menarik perhatian ramai ...


No comments:

Post a Comment