suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 05, 2010

NO Megaphones! NO Loud hailer ! NO Loud speakers !

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada kempen mempromosikan kebebasan hak untuk bersuara yang baru di lancarkan oleh Guan Eng di 'speakers square' yang di perkenalkan itu, mereka perlu bercakap secara 'literally'. (nasib laa..kalau suara macam Malik Kasim, alamat tak dengaq laa apa yang di cakap !)

Sebelum ini Guan Eng telah berkata yang mereka yang ingin bercakap,yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati mereka atau yang ingin berdemonstrasi di 'speakers square' itu pada setiap petang ahad dan rabu dari jam 6 petang hingga 9 malam, perlu membawa sendiri peralatan pembesar suara kerana kerajaan negeri tidak akan membekalkan sebarang peralatan pembesar suara atau apa juga 'PA system'.

Tiba-tiba kelmarin Guan Eng telah memberitahu peralatan-peralatan seperti loud hailer, megaphones atau loud speaker tidak akan dibenarkan. Ini adalah 'last minute decision' kerana Guan Eng mahu mengurangkan risiko kemungkinan tindakan dari pihak polis, dan kerajaan negeri juga tidak akan bertanggung jawab diatas sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap penceramah-penceramah tadi jika mereka sudah silap cakap pada tempat yang salah.

Yang pastinya semasa mereka berucap nanti, polis, mata-mata gelap, SB dah tentu 'will be around and will be watching them'.


dollah yankee -
Ini macam kalu, kena panggil itu jurulatih kawad, guna dia punya suara laa.. baru ada orang boleh dengar !!! No loud hailer? Mana ada fun !

No comments:

Post a Comment