suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 11, 2010

Lawan tetap kena lawan !!!



Berbekalkan slogan "Sibu leads the change" dengan harapan untuk membuat satu perubahan dalam lanskap politik Sarawak, nampak susah untuk PR/DAP dan calunnya Robert Lau untuk menjadikan ianya satu kenyataan.

Biarpun dikhabarkan yang kedua-dua parti ini, BN dan PR "going all-out" dan sedang "menyeluk perkasam sampai ke pangkal lengan" untuk menang sebab siapa-siapa juga yang menang akan merupakan satu indikasi kepada pilihanraya negeri pada Jun tahun depan.

Yang pastinya 2,000 undi pos sudah pun masuk kedalam peti undi BN, disamping 50% lagi orang-orang Iban dan melayu Melanau yang sedang makan gaji sebagai pekerja dengan majikan-majikan mereka yang rata-rata merupakan taikun-taikun besar yang mengawal ekonomi Sibu yang sudah semestinya taikun-taikun ini adalah penyokong tegar kepada Taib Mahmud dan BN.

Rata-rata pengundi-pengundi Sibu juga adalah orang-orang yang susah, yang bangun pagi saja asyik pikir macam mana nak cari duit, apa nak makan, macam mana nak bayar bil-bil, hutang moto hutang kereta cukup bulan bank akan talipon.

Jadi bila PR turun berkempen dengan isu-isu nasional seperti Teoh Beng Hock, tunjuk perasaan dengan kepala lembu, isu kalimah Allah, isu-isu Ibrahim Ali dengan Perkasanya dan insiden kes Aminulrashid, maka agak susah untuk orang-orang Sibu "to join the PR club".



dollah yankee -
Bookie-bookie judi disana lagi hebat-hebat,jadi secara tak langsung keputusan taruhan judi ini juga merupakan petunjuk siapa boleh menang.
!

No comments:

Post a Comment