suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 24, 2010

Jangan kata aku tak buat kerja..,aku dah siasat!


Jadi pegawai-pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan BN mesti kena pandai bersilat, mesti kena pandai berkuntau sebab kalau tak pandai bersilat berkuntau, alamatnya asalamualikum lah jawabnya.

Abu Kasim SPRM pun tak kurang hebat bersilat berkuntau mengelakan diri dari kena maki, kena sumpah dengan rakyat bila adegan Najib tawar menawar dengan pengundi-pengundi cina "you help me, i help you" berhubung dengan bantuan 5 million ketika berkempen semasa di Sibu baru-baru ini.

Setelah diasak, disumpah seranah, di maki hamun oleh rakyat terhadap SPRM maka Abu Kasim pun keluar lah permainan 'bangau oh bangau' yang begitu sinonim dengan jabatan-jabatan kerajaan... hang tuduh aku, aku tuduh hang !, aku pula kata bukan aku, tapi dia ! dia pula kata banyak cantikk? bukan dia tapi mereka.

"MACC is colour-blind.." maknanya mereka tidak pileh bulu, tak tengok kulit, no one above law.. mak aii..! penuh semangat integriti.

"Whenener we receive information, we will take action!.." ... awahh.. ewahhh!, pigirahhh! real punya action dok penipu rakyat dengan ayat-ayat cinta.

Permainan 'bangau oh bangau' tu betul-betul di penghujung ayat dan merupakan penutup... "Whether or not there is a case to be heard in court, we leave that to AG's Chambers..."

Kah..Kah..Kah.. nampak? bukan akuuuu...tapi dia!!


dollah yankee -
Nak tanya.. berapa banyak fail-fail 'high-profile' yang di cop dengan N.F.A?
(Siapalah aku ini yang nak tanya soalan ini? Sedangkan orang-orang yang lagi hebat, yang lagi dasyat punya orang tanya pun, depa buat do no.. inikan pula aku !)

No comments:

Post a Comment