suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 03, 2010

Ini lah simbol demokrasi yang tulin !

Satu hari tiga jam, dari jam 6 petang sampai 9 malam, dua hari dalam 1 minggu iaitu tiap hari ahad dan hari rabu. Itu lah jadual yang telah ditetapkan untuk promosi kebebasan bersuara atau 'freedom of speech'.

Kini kepada anda yang 'kaki microphone' iaitu jenis yang pantang dapat microphone dia kira nak bercakap saja, anda boleh bercakap apa-apa saja topik yang anda rasa mustahak dan penting, anda akan di berikan peluang untuk bercakap, mengutuk, bodek atau apa saja yang anda rasa betul.

Ini ada lah sudut demonstrasi bebas untuk bersuara yang telah di ilhamkan oleh Lim Guan Eng dan akan bermula pada 9 Mei nanti di kawasan tumpuan ramai iaitu di padang esplanade, padang kota lama.

Lim Guan Eng juga telah memberitahu yang para penceramah tidak akan dibekalkan dengan sebarang peralatan PA. Kena bawa sendiri 'megaphone' atau pembesar suara, dan yang penting sekali ialah anda terpaksa tanggung sendiri apa-apa yang bakal terjadi dengan pihak berkuasa dengan topik yang anda cakap.

Dua tiga kerat gurkah-gurkah politik di 'port' yang pernah bercakap di 'speakers-speakers corner' semasa menuntut di universiti dulu telah melahirkan rasa gembira mereka dengan usaha Lim Guan Eng ini dan berpendapat pentas ini adalah platfom yang terbaik untuk sesiapa saja menyuarakan pendapat mereka dan Guan Eng juga telah mengambil langkah pertama untuk mempromosi kebebasan bersuara selain daripada menggunakan SMS,MMS dan juga blog-blog.


dollah yankee -
cantikkk...cantikkk...esplanade ini kawasan tumpuan orang ramai, kalau pihak polis nak guna akta perhimpunan haram, mereka terpaksa tangkap semua orang... Kah..Kah..Kah.. dan awal-awal lagi ada gurkah-gurkah politik di 'port' sudah siap sedia dengan beberapa topik untuk bercakap.

No comments:

Post a Comment