suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 10, 2010

Cikgu dan cikgu sudah naik angin !

Banyak cikgu-cikgu dan cik gi-cik gi sudah naik angin satu badan dengan kementerian pendidikan yang telah mengeluarkan satu surat pekeliling memaksa mereka menjalankan kerja-kerja mencuci sekolah dan kawasan di-sekitar sekolah dalam satu program "gotong-royong perdana" di sekolah masing-masing pada hari sabtu depan sempena dengan hari guru pada 16 Mei.

Di-khabarkan surat pekeliling itu telah dihantar kepada kira-kira 10,000 buah sekolah dan telah menegaskan agar cikgu-cikgu ini mengambil bahagian dalam kerja-kerja mencuci banggunan dan persekitara sekolah dan kalau boleh mereka dikehendaki mengecat dinding kelas masing-masing jika ada cat-cat yang sudah pudar.

Bengang dan panas hati dengan surat pekeliling itu, ramai cikgu-cikgu ini telah membuat aduan kepada union.

Bila kementerian pendidikan telah mendapat banyak feed-back bantahan, akhirnya mereka mengeluarkan satu lagi surat pekeliling, sekali ini surat pekeliling itu lebih lembut sikit dengan mengatakan yang program "gotong-royong perdana" itu kini boleh dianggap sebagai sukarela, maknanya ... jika suka buat... tak suka tak payah...!


dollah yankee -
Ada cikgu yang kata ... Menteri Pelajaran dah gilaaa...!!!

1 comment:

  1. Terngiang ngiang di telinga dan terbayang bayang wajah wajah pm , tpm dan ahli kabinet mengucapkan selamat hari guru kepada guru guru semua.

    ReplyDelete