suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 12, 2010

Cari punya cari cari, last-last dapat juga orang yang nak lompat.


Sejarah telah merekodkan satu kelebihan yang ada pada BN ialah bila saja ada pilihanraya kecil mereka pandai dan begitu "champion" dalam mencari serta memujuk orang-orang kuat dalam parti lawan untuk lompat.

Cari orang kuat dari parti lawan untuk ajak keluar dan kemudian cerita segala keburukan agenda perjuangan mereka, adalah salah satu taktik untuk memancing undi yang sering diguna BN.

Pada pilihanraya kecil Sibu ini juga tidak terkecuali. Setelah penat cari punya cari, pujuk punya pujuk, akhirnya BN dapat juga orang yang boleh lompat dari parti lawan, dan dia pun buat pengumuman untuk keluar parti ketika kempen sedang hangat berjalan.

Yang dimaksudkan ialah Ketua Pemuda PKR Sibu, Jee Chang Peng, dia telah mengumumkan yang dia telah lompat dan keluar dari parti PKR dan kini menyokong parti BN setelah hilang kepercayaan terhadap pimpinan tinggi.
(Alasan yang sama yang sering diguna oleh mereka-mereka yang lompat)

Dia ini langsung tak ada rekod politik, cuma di katakan yang dia ini adalah orang kuat PKR di Sibu semasa pilihanraya umum 2008 yang lalu tetapi sudah kurang aktif dalam politik
selepas saja habis pilihanraya umum lalu.


dollah yankee -
Budaya politik Malaysia... lompat parti itu biasa dan perlu ...

1 comment:

  1. Salam,

    Signifikannya ialah....org lain buat salah...kita buat betul....

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com

    ReplyDelete