suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 04, 2010

Bukit Aman...masih lagi aman!


Sejak seminggu ini, Bukit (yang) Aman dah tak berapa aman lagi berikutan dengan kejadian seorang remaja yang mati di tembak. Macam-macam orang, macam-macam NGO dan macam-macam punya cerita yang dah terkeluar dan menjadi percakapan di mana saja dalam negara kita.

Sudah-sudah laa kot kita 'point finger' kita dekat pihak polis, sudah-sudah lah kot kita maki hamun dan sumpah seranah pihak polis dan ketua mereka Musa Hasan.

Pihak polis kita yang telah bekerja dan berjaga siang malam untuk memastikan persekitaran kita aman dan jauh dari sebarang kejadian jenayah supaya kita semua dapat tidur dengan aman, jadi jangan lah kita cepat sangat buat sebarang tuduhan yang melulu dan menuduh polis yang bukan-bukan. (Biarpun angka jenayah yang terus meningkat)

Ibu kepada mangsa remaja 15 tahun Aminulrashid Amzah yang telah mati akibat terkena tembakan di kepala semasa adegan kejadian kejar mengejar dengan 2 buah kereta peronda polis sejauh 6 kilometer berkata, anaknya itu bukanlah seorang penjenayah, tetapi ibunya itu juga tidak tahu apa yang sedang dibuat anaknya, tidak tahu dimana anaknya berada pada jam 2 pagi.

Anda boleh bayangkan sendiri, jam 2 pagi dalam keadaan yang gelap, tiada siapa yang boleh menyangka orang yang sedang memecut laju dalam kenderaan yang sedang di kejar itu adalah seorang budak atau seorang penjenayah dewasa yang cukup merbahaya.

Dalam situasi dimana sebuah kereta yang sedang melarikan diri dari dikejar oleh anggota polis pada jam 2 pagi, sudah tentulah kita mengandaikan yang satu kejadian sedang berlaku.

Apabila kita di arah untuk berhenti oleh pihak polis, kita mestilah berhenti. Bila kita cuba lari, ini bermakna pihak polis boleh mengsyaki kita sedang melakukan sesuatu jenayah yang menyalahi undang-undang.

Pihak PDRM sebenarnya telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali biarpun banyak juga dan ada juga anggota-anggota polis yang gurkah-gurkah politik di 'port' menggelarkan anggota-anggota polis yang jenis ini 'Anak Hantu' dalam pasokan PDRM, namun kita mestilah berterima kasih juga kepada anggota-anggota polis yang lain yang bertugas dengan penuh tanggung jawab dan berhemah.

Pihak polis kita bukan lah Malaikat atau 'Superman' atau pun robot. Mereka juga manusia biasa, mana mereka boleh menjangka sesuatu yang tidak di jangka pada sesuatu situasi dan keadaan. Mereka telah di latih dan mereka adalah anggota-anggota yang cukup terlatih, tetapi kita mesti paham yang 'that there is a limit to everything'.

Pihak keluarga mangsa dalam apa-apa juga kes dengan pantas akan menyalahkan pihak polis pada sesuatu kejadian, sedangkan kesalahan itu datangnya daripada mereka sendiri yang telah tidak berupaya untuk mendisiplinkan anak-anak mereka.

Anggota-anggota polis yang terlibat dalam kes ini juga adalah anggota-anggota yang telah berkeluarga dan ada mempunyai anak-anak remaja, tak kan lah mereka sanggup untuk membunuh dengan sengaja sekiranya mereka tahu yang memandu dalam kereta itu adalah seorang remaja 15 tahun.

Anggota-anggota polis kita juga mempunyai hati dan perasaan ..... jadi sudah-sudah lah kot noe..?!


dollah yankee -
'Port' politik adalah betul-betul di belakang IPK Pulau Pinang, anda boleh jumpa macam-macam punya ragam anggota-anggota polis, baik yang tak ada apa-apa pangkat sampai lah yang ada keris bersilang, cina? hindu? melayu? benggali? siam? iban? semua ada.

Dulu masa Mustafa Hamid jadi TKP dan masa Christopher Wan jadi KP, kerap juga mereka ini turun ke 'port' untuk sembang-sembang (sambil correct..correct..correct.. maklumat tentang perkembangan politik tempatan) dengan gurkah-gurkah ini.

Sekarang ini Ayob jadi KP cuma baru sekali saja gurkah-gurkah politik ini dapat sembang dengan dia sepanjang dia jadi KP.

No comments:

Post a Comment