suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 06, 2010

Wajah-wajah komersial

Ini lah antara wajah-wajah komersial yang boleh menarik minat ribuan orang untuk datang mendengar pada mana-mana ceramah yang diadakan jika kedua-dua ini merupakan speaker utama.

Kalau tidak takkan lah umno sanggup menggunakan wajah kedua orang pemimpin ini pada 'banner' ceramah mereka.

Itu yang terjadi di Kepala Batas kelmarin, bila umno sedar yang jika wajah-wajah pemimpin BN yang dipaparkan pada 'banner' ceramah mereka, sudah pasti tidak akan ada orang yang akan mahu datang untuk mendengar ceramah tersebut kerana memang mereka sedar jika yang datang itu hanyalah ahli-ahli segelintir ahli-ahli kalangan mereka sahaja, itu pun setelah puas dikerah untuk hadir.
(itu pun setelah diberitahu ada karipap, cucuq badak dan kopi o)


Lalu, demi hasrat mereka hendak menggoda dan memikat rakyat dan orang ramai agar datang ke ceramah tersebut, tanpa rasa malu dan segan silu, mereka telah memaparkan gambar-gambar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pada satu 'banner' ceramah mereka yang telah dilihat di Kepala Batas kelmarin.

'Informer' untuk gurkah-gurkah politik di 'port' telah me'roger' berita ini semalam bila pemberi maklumat ini telah terserempak dengan 'banner' yang di maksudkan.
(Sayang sekali disebabkan 'informer' ini di kategorikan sebagai 'senior veteran', dan tak berapa paham macam mana nak operate elektronik gajet (camera phone laa..) yang ada, maka tak dapat lah dibuktikan dengan gambar)

Tajuk ceramah yang tertera pada 'banner' itu ialah 'Ini kisah sebenar' dan antara nama speaker yang dicetak pada 'banner' ceramah itu ialah MP Bayan Baru, yang baru lompat Zahrin Hashim dan juga Ezam Mat Nor yang terkenal dengan 'hikayat kotaknya'.


dollah yankee -
Kalau lah PKR atau PAS yang buat lagu tu..dah tentu berduyun-duyun berbaris,buat laporan polis...

No comments:

Post a Comment