suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 15, 2010

Sebab tu dia kalah lawan Ketua Pemuda UMNO

Apa punya turrr...sebab tu lah dia kalah di-tangan KJ semasa pertandingan lawan Ketua Pemuda dulu. Sengkek dan ahli politik yang selekeh dari segi strategi perang.

Oleh sebab dia sudah tak ada modal, dia sudah sengkek dengan strategi, dan memandangkan dia anak Mahathir maka sudah tentu dia sudah dapat maklumat awal dari SB mengatakan yang BN akan tertungging pada PRK Hulu Selangor ini, Mukhriz Mahathir yang turun meninjau perkembangan di Hulu Selangor menjelang hari penamaan calon, sudah habis idea dalam kepala otak dan dah tak tau nak cakap apa-apa lagi kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor.

Oleh sebab kepala otaknya dah kering dengan idea, kepala otaknya dah habis modal, kepala otaknya dah tak boleh pikir, sudah bengkrap, maka dia terpaksa menjual dan mempertaruhkan nama bapanya untuk memancing undi.

Beliau telah merayu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor yang akan keluar memangkah pada 25 haribulan nanti supaya mengenang jasa -jasa bapanya Tun Mahathir dan membalas jasa-jasa bapanya dengan mengundi calon BN.

Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
patutlah percubaan pertama nak jadi ketua pemuda, hanya 1 bahagian yang calon dia. manakala percubaan kedua pula dia terpaksa berputih mata...(kalau aku kata bodohhh..kasar sangat bunyi!)

No comments:

Post a Comment