suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 12, 2010

Pemandu teksi susah nak hidup !

Aku tertanya-tanya dan ingin sangat nak tahu, kenapa LPKP (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan) dan pengguna-pengguna teksi di bandaraya seringkali dilihat semacam mencari hal dengan pemandu-pemandu teksi?


Ada seorang gurkah politik di-'port' yang hari-hari menggunakan perkidmatan teksi (sebab dia tak pernah ada lesen memandu), mendapati jika pemandu-pemandi ini sama ada menggunakan meter atau tidak pun, mereka masih sukar,susah juga untuk cari makan.


Oleh kerana sudah bertahun-tahun gurkah ini menggunakan khidmat teksi, maka dia berkawan baik dan mempunyai ramai kawan-kawan dari kalangan pemandu teksi. 90 % daripada pemandu-pemandu ini ada berhutang dengan 'Abang Long' dan lintah darat.

Kenapa pemandu-pemandu teksi ini banyak yang berhutang dengan 'Abang Long'? Menurut kata kawan-kawan pemandu teksi si-gurkah tadi, ini disebabkan pendapatan mereka tidak lah besar dan kadar meter yang di-kenakankan juga adalah terlalu rendah.


Dengan masa bekerja diantara 15-16 jam sehari, 6 hari seminggu, mereka hanya membawa pulang sekitar RM50-60 sehari, selepas di-tolak perbelanjaan sewa teksi, petrol dan lain-lain kos penyelenggaraan.


Kepada pengguna-pengguna teksi, sanggupkah anda bekerja diantara 72-80 jam seminggu untuk pendapatan diantara RM1500-RM1800 tanpa EPF tanpa SOCSO dan juga tanpa sebarang perlindungan insuran?


Oleh itu kepada pengguna-pengguna teksi sekalian, tolong lah ..."stop complaining", dan jika anda tidak mahu membayar lebih, anda ada pilihan untuk beratur di-'bus stop'.


Kepada LPKP pula, jangan lah asyik nak memburu teksi-teksi sahaja, buru lah sama lori-lori yang selalu membawa lebih muatan, bas-bas kilang (yang bila berjalan terasa mahu luruh semua enjin) dan juga kenderaan-kenderaan perdagangan lain yang selalu 'MEROKOK' di-atas jalan (yang mengeluarkan asap-asap hitam, oleh itu gurkah-gurkah politik telah menggelarkan kenderaan yang berasap ini sebagai 'lori hisap rokok').




dollah yankee -
ada juga gurkah-gurkah politik yang dapat permit teksi/limosin/kereta sewa, bila ada sorang Ketua Pemuda jaga LPKP Sg.Petani

5 comments:

  1. dah tau satu hari dapat rm 50,jangan belanja lebih dari rm 50 ini tak dapat rm50 belanja rm 100 luteksi macam mana teksi fikir le sendiri,pas tu perangai pemandu teksi ni suka beli nombor ekor bayangkan satu minggu 3x sekali be;li paling kurang rm 10 bayangkan satu bulan dah berapa kena ,satu tahun berapa lu fikir sendiri bagi yang bukan kaki nombor minta maaf banyak2.......dan yang paling penting bawa teksi ni ia cam mana kita guna duit hari2 kalau kita bolih kawal kita punya sistem keuwangan inshaalah tak ada masalah....sebabnya sayapun salah seorang dari pemandu teksi,dengan kerja iklaS saya bolih hantar anak 2 org ke ipta disamping dapat selesaikan hutang rumah,hutang kereta alhamdullillah

    ReplyDelete
  2. betul ke pendapatannya kurang?jadi terbantut lah saya nak buat part jadi pemandu teksi ni...huhuhu

    ReplyDelete
  3. sy bru bercadang nk part-time bwk teksi,.,.,.tp blh x bg komen2 ckit and bg pendapat pd sy,..,.,
    ok ke kalu sy wat part-time bw teksi nie.,.,,.huhu,..,.,

    ReplyDelete
  4. Saya sudah jadi pemandu teksi sejak 3 bulan lepas. Saya juga tidak tahu jalan2 diKL. Tapi saya set kan fikiran saya mesti dapatkan rm 150 sehari pada bulan pertama walaupun terpaksa pulang lewat malam. Bulan pertama berjaya. Bulan 2 saya setkan rm 200 sehari & juga berjaya. Pada bulan ke 3 saya dapat purata rm300 - 340 sehari. Rahsianya kena pandai cari tempat. Seperti hari saya dapat layari internet sebab Pak Arab dah book teksi saya 2 minggu bayarannya rm3000. Sapa kata pemandu teksi budget tak boleh berjaya

    ReplyDelete
  5. aku pernah bawak teksi masa umur aku 21. hanya part time. siang kerja kerani. malam driver teksi. tade masalah sangat dengan bawak teksi ni. yang penting niat kita. aku seronok bawak teksi sebenarnya. 3 sebab aku suka bawak teksi. no 1, aku leh kenal kawan2, 2) aku leh keluar berjalan2 sambil aku dapat penumpang, no3) aku leh tambah income aku. memang pernah ada orang cakap tidak menguntungkan. cuba tanye orang yang cakap bawak teksi tak untung. mane port die pergi. kalau sekitar shah alam, klang, subang jaya memang susah nak carik customer. aku biasa bawak teksi di kawasan kl. alhamdulillah. pendapatan aku sehari selama 5 jam sahaja. aku boleh dapat dalam RM100. tolak modal(sewa+gas) rm60. sehari aku dapat RM40. tapi jangan lupa rezeki Allah yang bagi. dia yang menentukan. Dia bagi kurang atau lebih, sepatutnya bersyukur. lagi satu. jangan target. boleh mati kalau target tak kena.

    ReplyDelete