suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 16, 2010

'Nomination Day Eve'

Ada 'group' yang merayu-rayu. Ada pula yang 'demand', ada juga yang main ugut-ugut dan ada juga 'group' yang mahu MIC keluar dari gabungan BN andai kata G.Palanivel tidak dipileh sebagai calun.

(Itu belum kira cawangan-cawangan yang akan tutup bilek gerakan operasi MIC di Hulu Selangor jika bukan G.Palanivel sebagai calun)

Kalau di perhati betul-betul suasana mencari calun untuk BN pada pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, tak ubah dan macam adegan filem tamil 'Shivaji The Boss'. Lalu gurkah-gurkah 'politik' di-'port' telah menggelarkan suasana dan adegan-adegan ini sebagai sebuah filem drama komedi.

(Gurkah-gurkah politik di-'port' percaya yang 'group-group' ini lah yang akan pusing 360 darjah setelah kecewa dengan keputusan pemilihan calun dan akan mengajak pengundi-pengundi lain di-Hulu Selangor untuk memangkah PR/Zaid Ibrahim pada 25 hb nanti).

Manakala Mahyudin pula dah jadi macam si-Sayfool Bukhari, 2 hari tak berak!...ooppsss..silap!, maksud aku, Mahyudin sampai 2 hari tidor tak berapa nak lena sebab dok fikir siapa dia nak letak sebagai calun.

(macam mana nak lena, sebab bila saja mata nak pejam, nampak wajah Samy Velu, gaya nak pejam nampak muka Samy Velu)


Gurkah-gurkah politik di-'port' juga menerima maklumat bagaimana jadual pengumuman untuk calun BN telah dijadualkan pada jam 4 patang, tetapi sampai 12 tengahari kelmarin pun setelah meeting sampai 3 hari, masih belum dapat keputusan dan masih belum di-'confirm' kan siapa yang akan bawa bendera 'KATI' pada PRK Hulu Selangor ini.

Keputusan menamakan Kamalnathan hanya dicapai pada jam 12.30 tengahari.

12.45 tengahari, gurkah-gurkah ini sudah dapat news itu, dan 'port' telah gegak gempita dengan hilai ketawa sebab 'bookie' judi sudah lari dan enggan mengambil sebarang taruhan kerana dengan pemilihan Kamalnathan ini telah mempermudahkan kerja-kerja kempen PR kerana dia adalah calun yang sangat lemah.

dollah yankee -
Kesian G.Palanivel...merajuk sampai tak datang pada majlis pengumuman Kamalnathan sebagai calun untuk BN dan ini langkah pertama untuk menamatkan karier politik beliau.

No comments:

Post a Comment