suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 03, 2010

Matthias Chang mogok lapar


Matthias Chang yang sedang menjalani hukuman penjara satu bulan selepas enggan membayar denda sebanyak RM20,000 setelah disabitkan kesalahan kerana menghina mahkamah, kini sedang mogok lapar semenjak dimasukan ke penjara.

Keluarga Matthias Chang begitu bimbang dengan kesihatan beliau akibat dari mogok lapar ini.

Seorang anak saudara gurkah politik di-'port' yang merupakan pegawai khas kepada seorang pengarah penjara telah memberitahu berita ini kepada gurkah tersebut kelmarin petang.

Dipahamkan yang Matthias Chang akan meneruskan mogok tidak mahu makan dan minum itu sehinggalah hakim mahkamah tinggi Noor Azian Shaari yang telah menjatuhkan hukuman itu terhadapnya, bersetuju untuk pada masa akan datang tidak lagi mendera atau menyalah gunakan kuasa dan menganiaya peguam-peguam dan pendakwa-pendakwa.

Tun Mahathir juga telah menzahirkan pendapat beliau berhubung dengan kes Matthias Chang ini. Anda boleh baca di sisi:
http://chedet.cc.co


dollah yankee -
Dulu, kalau masuk jail adalah sesuatu yang memalukan, tetapi pada hari ini dunia sudah tak macam 30 tahun dulu sebab ahli parlimen, blogger, lawyer, polis, hakim pun boleh masuk jail... glamour beb! sebab masuk kes politik.

No comments:

Post a Comment