suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 08, 2010

LGE ada lah 'Juara Rakyat' yang sebenar !



Ada laporan berita yang memetik dari satu sumber mengatakan yang pengendali jambatan pulau pinang telah pun menghantar satu proposal cadangan kepada kerajaan BN/persukutuan untuk menaikan tambang tol.


Pengendali jambatan pulau pinang ini memerlukan kelulusan dari kerajaan BN/persukutuan untuk menaikan harga tambang toll jambatan. Jika cadangan ini diluluskan, maka pastilah 'hangin' rakyat di pulau pinang pun akan naik.


Jangan kata 'hangin' rakyat saja yang akan naik, tetapi sudah pasti Lim Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang juga akan 'naik minyak', itu janji Lim Guan Eng dan kerajaan PR negeri yang akan menentang habis-habisan cadangan kenaikan tambang tol ini.


Sebodoh-bodoh rakyat pulau pinang, mereka semua tahu yang setelah lebih dari 20 tahun beroperasi, kerajaan BN/persekutuan telah pun memperolehi dan mendapatkan semula kos membina jambatan ini, dan pada hari ini tol yang dikutip pada tiap-tiap hari itu adalah kutipan keuntungan 100 % semata-mata, dan tujuan mereka mencadangkan kenaikan tambang tol ini hanya lah kerana pengendali jambatan ini ingin mendapatkan 'profit margin' yang tinggi.


Cadangan ini tidak boleh diterima dan gurkah-gurkah politik di 'port' amat bersetuju dan akan bersama-sama dengan dengan Lim Guan Eng akan menentang cadangan kenaikan ini 'No matter what'.


dollah yankee -
ini pengendali jambatan pulau pinang sudah banyak company,lepas buat duit cabut!, bagi pula dekat orang lain, buat duit lagi, cabut lagi!, bagi lagi dekat orang lain, buat lagi duit, lepas tu cabut lagi!...

No comments:

Post a Comment