suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 22, 2010

Ingat insiden ini? Agak-agak, siapa lah perwakilan MIC itu?

Masihkah anda ingat dengan insiden bagaimana seorang perwakilan pemuda MIC ingin mengalungkan kalungan selipar pada gambar Tun Mahathir? Gurkah-gurkah politik di-'port' kata yang pemuda ini sekarang sibuk di Hulu Selangor berkempen untuk menang.


Tindakan perwakilan MIC biadap dan melampau
14/09/2009 5:19pm

KUALA LUMPUR 14 Sept. — Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dibidas oleh pemimpin UMNO yang menganggap ia sebagai melampau dan biadap.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
“Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S.Samy Vellu.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pergerakan itu berpandangan bahawa “tindak tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya. Rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.”
“Mereka (MIC) kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara,” katanya.


dollah yankee -
Hari ini... semua pakat-pakat cium bontot orang ini...

No comments:

Post a Comment