suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 26, 2010

Ibarat di-pukul dengan penyapu !

Rasa macam kena pukul dengan penyapu. Itu lah perasaan Ketua SPRM Abu Kasim pada ketika ini. Kerja penat-penat, tak kira siang dan malam, last sekali? penyapu yang dia dapat.

'When you do good, your boss never remember. When you do bad, your boss never forget',orang putih awal-awal dah bagi tahu.

Abu Kasim begitu terkejut dan agak kecewa dengan penyelesaian penghakiman dalam tiga, empat kes yang SPRM hadapi, dan dia sedang berusaha untuk bertemu dengan AG Ghani Patail dan Ketua Pendakwaraya SPRM Abdul Razak, sebab dia nak tahu kenapa?? Why?? What went wrong?? Dimana yang silap??

Dia juga terkejut (terkejut lagiiiii ....!!) yang kes 'prima facie tidak dapat di buktikan dalam kes-kes ini di-mana SPRM ada bukti-bukti yang cukup kuat dan konkrit untuk di-dakwa.

Kalau macam ni macam mana dia nak berusaha nak hapuskan rasuah?

Dia kata yang dia begitu yakin akan menang dalam kes dua Adun PKR yang lompat, Osman Jailu dan Jamaludin Mat Radzi.

Setelah penat punya kerja tak kira siang dan malam, last sekali dia kena drop kes tu sebab gagal nak babitkan kes prima facie kepada kedua-dua orang ini.

Dia tak ada niat langsung nak mengkritik dan hina keputusan mahkamah, tapi dia cukup terkejut (terkejut lagiiii...? Abu Kasim ni jenis yang suka terkejut kot?) dengan beberapa penyelesaian kes-kes penghakiman yang di-hadapi oleh SPRM kebelakangan ini.

Dia pun masih tetap nak tahu juga, kenapa sampai boleh jadi macam ni? Mesti ada alasan yang cukup kuat kenapa ada halangan dan menyebabkan kes-kes ini terbantut, dimana ianya akan menyebabkan perang ke-atas aktiviti rasuah juga tidak dapat berjalan dengan baik.

Kesan atas rakyat tak usah cakap lah, dah tentu dia dengan SPRM akan kena maki berbakul-bakul, manakala 'hantu' yang pecah lubang ini juga tak akan senang duduk.

Dia juga kata yang dia akan buat perjumpaan dengan pihak pengurusan kanan media-media korporat untuk dapatkan pandangan tentang apa yang menyebabkan pendakwaan-pendakwaan ini tidak kuat.


dollah yankee -
Sabar aje lah Datuk .., i kalau jadi you, i berhenti, lepas tu masuk PAS atau PKR, jadi ahli politik.



No comments:

Post a Comment