suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 24, 2010

Hulu Selangor: Peristiwa semalam

Semalam semua orang ke sini ...
Gua sudah cakap yang semalam kempen dan ceramah BN akan cuti, sebab mereka tahu dengan kedatangan TG Nik Aziz, pengundi-pengundi Hulu Selangor akan berpusu-pusu dan berduyun-duyun (termasuk banyak ahli-ahli umno/BN) ke tempat TG Nik Aziz akan berceramah. Tapi lu orang tak mau dengar..!

Pada mulanya Tok Guru Nik Aziz dijangka akan bersama dalam majlis berkenaan. Tetapi kerana beliau keletihan kehadirannya dibatalkan. Seperti mana dijanjikan MB Kelantan itu telah memasuki Hulu Selangor petang tadi. Mulanya beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib di masjid al Rahimiah, Kuala Kubu Baru tetapi dibatalkan kerana ada larangan keras agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik.

Disebabkan keletihan beliau minta menuzurkan diri dari hadir di Sungai Buaya Bagaimana pun petang esok Tok Guru akan ke Felda Sungai Tengi dan malamnya akan berceramah di stadium Kuala Kubu Baru. Apakah ceramah beliau bakal mengegarkan stadium? Sama-samalah saksi sendiri dan sama-samalah mengaminkan doa Tok Guru untuk kemenangan rakyat. - Blog MSO



dollah yankee -
Nasib baik TG Nik Aziz ni bukan seorang 'rock star', kalau tidak mau terbang botol dan kerusi sebab kecewa diatas keuzuran beliau...tapi tak apa sebab orang-orang Hulu Selangor paham...

No comments:

Post a Comment