suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, April 21, 2010

Hulu Selangor: Jentera pilihanraya PR yang A, first class & tip-top

Kalau ikut kepada pengalaman gurkah-gurkah politik 'port', dalam mana-mana pilihanraya baik yang kecil atau yang umum, jentera-jentera pilihanraya adalah merupakan pemain utama.

Kalau diletak calun yang baik sekalipun tetapi jentera pilihanrayanya 'teruk', it's useless. Tetapi kalau calun itu 'teruk' tetapi jentera pilihanrayanya baik, first class,tip-top , maka ketika itu lah masanya kita akan dengar perumpamaan 'ular lidi telan naga'.

Dua gurkah politik dari 'port' sini yang telah dipanggil oleh seorang pemimpin BN negeri Selangor untuk membantu kerja-kerja 'underground' pada pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, yang mana telah berkampung di Kuala Kubu Baru sejak empat, lima hari sebelum hari penamaan calun lagi, dan baru semalam gurkah ini berkesempatan menghubungi 'port' dan menyalurkan maklumat dan berita ini untuk pengetahuan gurkah-gurkah lain disini.

Jentera pilihanraya PR Hulu Selangor ini telah dilihat cukup 'well organised' berbanding dengan jentera pilihanraya BN apabila melihat kepada kemampuan, kekuatan dan keupayaan yang mereka miliki dalam meng'fully utilised'kan dan menggunakan pemimpin-pemimpin hebat mereka yang ada dalam PR seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan bapanya, Salehudin Ayob, Chegu Bard dan yang paling mendapat perhatian iaitu Mahfuz Omar serta calun itu sendiri Zaid Ibrahim untuk 'cover' konstitiusi yang besar ini dalam Hulu Selangor, disamping perhubungan mereka dengan dengan pekerja-pekerja media dalam menyampaikan gerak kerja dan susun atur lawatan-lawatan dan ceramah-ceramah dari pemimpin-pemimpin dan calun yang hebat ini.

PR telah mula bergerak dan memulakan kempen mereka seawal malam Isnin sebaik saja telah 'confirm' siapa calun yang akan diletakan dan diumumkan pada keesokan malamnya pada satu ceramah yang cukup besar.

Keesokan pada pagi selasa itu sebelum pengumuman resmi calun pada malamnya, poster-poster, banner-banner dan banting-banting serta sepanduk pemimpin-pemimpin tinggi PR telah siap dipasang dan telah menghiasi semua pekan-pekan besar dalam Hulu Selangor terutamanya di Kuala Kubu baru dan Batang Kali.

Manakala pekerja-pekerja media yang membuat liputan untuk pilihanraya kecil ini setiap hari akan menerima jadual-jadual harian tentang lawatan-lawatan calun dan lain-lain pemimpin PR ke kawasan-kawasan dan juga jadual-jadual ceramah serta siapa speaker dan di kawasan mana mereka akan berceramah melalui e-mail, sms dan juga melalui panggilan-panggilan telefon.

Sementara itu bagi BN pula, jentera-jentera pilihanraya mereka telah mensia-siakan masa-masa emas yang ada disebabkan pimpinan tinggi BN telah mengambil masa yang lama bergaduh dan bertekak untuk menentukan siapa yang patut jadi calun.

Baru kelmarin dulu saja telah dilihat jentera pilihanraya BN ini sibuk memasang poster dan banner. Itu pun banyak gambar Najib Razak yang mengambil tempat. Kalau orang yang tidak tahu tentu menyangka yang Najib lah calun pada pilihanraya kecil ini bukannya si-Kamalnathan.

(Maka teringatlah aku dengan PRK DUN Lunas tahun 2000 dulu, gambar Tun Mahathir yang banyak, akhirnya Saifudin Nasution menang)

Sahabat-sahabat kepada gurkah-gurkah ini yang berada dalam kem BN telah mengakui bahawa jentera pilihanraya BN memang 'slow'.

(Slow??!..slow laa sebab fulus al'mahfuz tak turun lagi, mana boleh kerja setakat pakai 'air liur' saja kan?)

Dalam bab jentera dan pekerja pilihanraya ni...semangat yang ada pada jentera pilihanraya dan pekerja-pekerja PR sekarang adalah semangat yang ada pada umno/BN tiga,empat puloh tahun dulu yang sudah hilang, dan hari ini semangat itu telah diambil alih oleh PR.

"Non-malay support, that is chinese and indian votes would go to PR/PKR, in a great number than during the general election 2008..." itu antara kata seorang taukey besar cina yang syarikatnya ada tersenarai di BSKL kepada gurkah-gurkah politik di-'port' semasa berpeluang bertemunya di padang golf Bukit Jambul Country Club kelmarin dulu.


dollah yankee -
aku percaya dengan kata-kata taukey cina ini ...

No comments:

Post a Comment