suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor: Doktor hospital pun kalut nak berkempen.

Kemeriahan kempen untuk pilihanraya kecil dalam perlawanan 1 lawan 1 antara PR dan BN pada pilihanraya kecil Hulu Selangor telah menyebabkan banyak kakitangan kerajaan terpaksa??! atau di-paksa??! meninggalkan tugas harian masing-masing untuk turut sama berkempen bagi memenangkan calun mereka yang dah nak pitam P.Kamalanathan 'by hook or by crook'.

Pada hari Isnin 19 hb lepas seorang lelaki warga Bangladesh telah mati semasa tidurnya.

Selepas menjalankan siasatan, pihak polis telah menghantar mayat tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk post-mortem.

Atas dasar rasa tanggung jawab kepada warga Bangladesh yang mati ini, majikannya berusaha untuk menghantar jenazah tersebut pulang kepada keluarganya di-Bangladesh yang sedang menanti di Dhaka.

Memandangkan hospital Kuala Kubu Baru ini terletak didalam konstitiusi Hulu Selangor yang pada hari ini sedang rancak dan hangat dengan kempen untuk satu pilihanraya kecil, maka doktor yang sepatutnya bertugas untuk melakukan post-mortem pada mayat itu tidak dapat membuat post-mortem yang sepatutnya kerana doktor dirumah mayat hospital Kuala Kubu Baru tidak ada kerana terlalu sibuk dan sama-sama kalut untuk turun berkempen dan telah diarah untuk 'standby' pada kempen ini.

Kemudiannya majikan si mati ini telah diberitahu oleh atendan rumah mayat supaya datang semula keesokan hari.

Kelmarin dulu ketika majikan si mati ini muncul pada jam 10 pagi untuk menuntut mayat tersebut, sekali lagi dia diberitahu yang post-mortem ini masih tidak dijalankan kerana Timbalan Presiden MCA yang baru, Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan kerajaan BN telah datang untuk berkempen di Kuala Kubu Baru dan doktor-doktor telah di arah untuk 'standby' lagi untuk acara berkempen dengan Liow Tiong Lai.

Disebabkan tidak puas hati keranaNajib Razak sering bersorak riang dengan "Rakyat di-dahulukan, pencapaian di-utamakan", dan majikan itu juga telah percaya dan terpengaruh dengan kempen 1malaysia Najib itu, maka dia mendesak untuk berjumpa dengan Pengarah atau Timbalan pengarah hospital atau mana-mana kakitangan yang paling kanan, namun dia kecewa lagi kerana telah di-beritahu yang mereka semua juga tidak ada kerana sedang berada di majlis kempen Liow Tiong Lai.

Seterusnya apa jadi tidak lah diketahui kerana sehingga petang kelmarin mayat itu masih lagi terbujur kaku dalam 'cold room' rumah mayat hospital Kuala Kubu Baru.

Rakyat didahulukan? Di Hulu Selangor hanya rakyat yang ada undi saja akan didahulukan! Yang nak mati, yang dah mati akan dikemudiankan.


dollah yankee -
ini lah yang dikatakan, 'hidup susah,mati lagi susah'!

No comments:

Post a Comment