suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 10, 2010

Hulu Selangor: Ayo-yo, Samy No Value!

Mula-mula punya berdegar-degar Samy Velu dengan hanya kenyataan kata yang G.Palanivel sahaja yang layak jadi calun pada PRK Hulu Selangor.

Sekarang ni dah slow sikit (bukan sikit laa..tapi slow banyak..!). Sebabnya dua kali pergi mengadap Najib.

Pertama kali semasa bawa senarai nama calon yang dicadangkan iaitu hanya nama G.Palanivel sorang sahaja. Lepas kena perambat balik dengan Najib, sebab Najib mau lagi nama-nama lain, kalau boleh yang muda-muda, bukan yang dah tua nak mamposs..!, dia mengadap lagi kali kedua.

Kali ini dengan tiga nama.

Bila lihat keadaan ini, benar lah apa yang di cakap oleh gurkah-gurkah politik di'port' yang biarpun Samy Velu presiden MIC, tapi cakap S.Subramaniam yang lebih laku. Orang atas lebih selesa dengan S.Subramaniam.

Setelah lebih tiga puloh tahun dia 'grip' MIC, perkembangan-perkembangan terbaru dalam senario politik yang melibatkan MIC menunjukan yang Samy kini semakin 'no velue'.

Kalau 15 haribulan nanti Mahyudin umum nama lain dari G.palanivel, bermakna Samy kena cari guni dan serkup kepala dia, sebab dia tak tau nak letak mana muka dia. Bukan dia saja, tapi juga pada semua ahli parti itu merupakan 'clear signal' yang Samy akan jadi 'No Value'.

Bukan Samy saja, tapi juga asistan dia, G.palanivel.

Samy dah 'start' tak senang duduk sejak Najib semasa merasmikan konvensyen BN, dah bagi 'warning' secara terbuka dan kata yang calun di Hulu Selangor nanti hanya akan ditentukan oleh dia.

Aaa..yo..yo.. Samy..!!!

dollah yankee -
'Bookie' judi yang turun di 'port' dah bagi tahu yang bukan G.Palanivel tapi orang lain.

No comments:

Post a Comment