suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 05, 2010

BN yang busuk perut

Pemimpin-pemimpin dari BN (bukan MIC,bukan MCA) cukup-cukup tak puas hati dengan perkembangan berhubung dengan bantuan kebajikan RM100 terhadap rakyat warga emas oleh kerajaan PR di Penang ni.

(Nak puas hati macam mana? Empat, lima orang-orang tua masa dapat duit tu, terus cium pipi Guan Eng)

83,000 orang warga emas yang berdaftar dengan 'Program Menghargai Warga Emas Pulau Pinang, mula mendapat wang tersebut sejak kelmarin di mana pihak bank telah membantu kerajaan PR Pulau Pinang dengan membuka bank pada hari minggu. Manakala ahli-ahli poltik PR pula telah letak wakil-wakil dan pembantu-pembantu mereka di cawangan bank-bank yang mengambil bahagian untuk membantu warga-warga emas yang datang ini.

(Memang cukup 'very organise', dan ramai orang-orang tua ini yang menangis sebab gembira dan berbesar hati dengan layanan yang mereka dapat)

Manakala sebelum itu ...
Pemimpin-pemimpin BN yang memang berperangai jahat, cuba juga meniru program kerajaan PR Pulau Pinang ini dengan menganjurkan majlis penyerahan wang berjumlah RM300 seorang kepada 40 orang warga emas pada 27 March lepas, tapi apa yang pemimpin BN ini tak cerita yang betul ialah, 40 penerima-penerima wang ini adalah penerima yang tersenarai sebagai penerima bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat, dan wang yang diberi pada majlis itu adalah pembayaran wang mereka untuk bulan februari.

Kerana nak mempolitikan isu, nak tunjuk kata mereka juga bukan 'koman', pemimpin-pemimpin BN ini langsung tidak sedar yang mereka telah menyiksa jiwa dan raga warga-warga emas ini dengan membiarkan orang-orang tua ini menunggu hampir satu bulan untuk mendapatkan wang itu demi untuk bersandiwara dan main wayang kulit dengan memberi publisiti besar dan meluas majlis ini.

Orang-orang tua ini semua sudah menerima bantuan wang dari jabatan kebajikan masyarakat ini sejak bertahun yang lalu, dan ia bukan lah satu perkara yang baru.

UMNO (Bahagian Bukit Gelugor) pun tidak mahu ketinggalan main 'wayang gambar' bila mereka juga telah menganjurkan program yang sama dengan 'wayang gambar' itu dibantu oleh jabatan kebajikan masyarakat dalam satu majlis kelmarin bila memberi bantuan wang bulanan kepada orang-orang cacat dan ibu-ibu tunggal yang juga merupakan penerima bantuan bulanan yang biasa yang dah lama dari jabatan kebajikan masyarakat, beza nya cuma orang-orang politik dari umno dan BN ini buat macam bantuan itu seolah-olah wang bantuan itu keluar dari poket mereka sendiri.


dollah yankee -
bantuan 100 ringgit tu, yang datang macam-macam bangsa melayu, hindu, cina, benggali ...

No comments:

Post a Comment