suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 03, 2010

Terengganu kite!

Ingatkan politik Terengganu dah sejuk, rupa-rupanya masih belum ok lagi. Seorang gurkah politik disana telah me'roger' sahabat-sahabat disini dan menceritakan yang kempen melalui SMS untuk 'menendang keluar Mat Said 'mechedihh' masih lagi berlangsung dan dikatakan 'second stage' ini lebih intensif.

Yang terbaru ialah bila Mat Said telah dipersoalkan tentang pemergiannya selama 2 minggu ke Munich,Jerman dan ke Mekah.

Mat Said dikhabarkan telah ke Munich,Jerman untuk berjumpa dengan DYMM SPB YDP Agung Sultan Mizan selaku Sultan negeri Terrengganu untuk membincangkan tentang rencana jahat pihak yang satu lagi untuk 'menendangnya keluar' dari pejabat MB dan digantikan dengan orang lain dan rencana itu juga telah mensasarkan yang pada bulan Mac ini Mat Said akan 'angkat bungkus'.

Semua orang tahu yang Mat Said bukan lah calon pilihan umno, tetapi sebab Idris Jusoh pulak tak berapa belaga angin dengan istana, maka naik mencanaklah Mat Said dan nga-nga lah Idris Jusoh.

Gurkah dari Terengganu ini memberitahu yang buat masa ini Mat Said masih lagi menikmati dan menerima kepercayaan dari istana. Kalau tidak tak kan lah Tuanku Mizan sudah ajak Mat Said untuk menemani baginda menunaikan umrah dan baginda telah meminta Mat Said berdoa didepan Kaabah agar segala masalah politik di Terengganu selesai (kalau tak selesai juga pada PRU-13 nanti, orang Terengganu akan TUKAR pulak).

Cerita-cerita tentang Mat Said akan diganti selepas beberapa insiden bukan lah baru. Sebelum ini pun sudah dua kali berita Mat Said akan di 'tendang keluar' oleh rakan-rakan seperjuangan umno beliau, namun Mat Said berjaya menepis dan mengelak.

Namun cerita-cerita terbaru tentang Mat Said pada pusingan kali ini mengikut gurkah politik disana, sudah nampak lain macam kerana Pakatan Rakyat di sana dikatakan semakin kuat dan semakin mengancam dan ini amat membimbangkan ketuanya di-Putra Jaya.


dollah yankee -
Gurkah politik disana kata Mat Said ni pun macam Dollah Badawi ... asyik tidurr tak buat apa-apa!

No comments:

Post a Comment