suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 18, 2010

Tee Keat,Soi Lek perlu pelan baru.

Semua orang cina tahu yang Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek ni macam adik abang, buat lah macam mana pun, sekejab mereka akan bergaduh sekejab mereka akan berbaik semula. Kalau kelmarin mereka berdua bermasam muka, esok kita boleh tengok mereka berdua akan berpelukan macam dua beradik yang dah lama tak jumpa.
(Gurkah politik kata mereka berdua macam air, cincang lah macam mana pun tak akan putus punya!)

Senario terbaru yang digambarkan oleh gurkah politik di'port' berikutan krisis dalam MCA ialah, 99.9% kedua-dua mereka akan bersatu semula dalam satu pelan kerana mereka akan menentang satu musuh yang sama- Ong Ka Ting, (yang dah terikut dengan perangai UMNO, walau pun orang dah 'reject' tapi masih tak malu mahu menempek semula ingin menjadi orang nombor satu dalam parti MCA).

Biarpun Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek memberitahu gurkah-gurkah politik mereka yang mereka berdua tetap akan mengejar kerusi nombor satu itu biarpun Ong Ka Ting akan mengikuti mereka dibelakang, namun gurkah-gurkah ini begitu optimis yang mereka berdua akan bekerjasama semula dibawah 'pelan perpaduan' sepertimana yang di war-warkan sebelum ini.

Yang pastinya Chua Soi Lek sedang main tarik tali untuk bertanding jawatan nombor satu itu selepas mendapat tahu Ong Ka Ting akan membuat 'comeback' sebelum pengumuman resmi oleh Ka Ting tiga empat hari yang lepas.

Chua Soi Lek memang pasti yang jika pertandingan tiga penjuru terjadi, alamatnya 'angkat bungkus' lah Ong Tee Keat dan dia. Oleh itu mereka berdua perlu bersatu untuk memerangi musuh yang sama.


dollah yankee -
Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek, kedua-dua mereka tahu yang mereka tidak diterima oleh BN/UMNO, mereka sepatutnya sudah datang ke pangkuan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan pengikut masing-masing.

No comments:

Post a Comment