suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, March 15, 2010

Tee Keat dan Soi Lek kena ubah pelan perang



Bila Ong Ka Ting muncul di NTV7 hujung minggu lalu dan berkata yang jika ada sebarang peranan yang boleh dimainkan beliau untuk membantu menyelamatkan MCA berikutan kerisis kepimpinan mereka, maka itu adalah satu tanggung jawab yang tidak boleh dielak beliau sebagai seorang cina untuk berbuat demikian.

Namun kenyataan begitu tidak boleh diandai dan tidak bermakna dia akan bertanding semula sebagai presiden MCA pada pemilihan parti minggu depan.


Kemudian muncul pula kenyataan dari Koay Kar Huah, ketua MCA Pulau Pinang mengatakan yang semua bahagian di Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan Ong Ka Ting untuk kembali semula menerajui MCA.


Lepas tu datang pula kenyataan dari bekas Timbalan Presiden Lim Ah Lek bersama-sama dengan lagi 30 bahagian, merayu agar Ong Ka Ting kembali menerajui semula parti.


Maka kesimpulannya ialah gurkah-gurkah politik di 'port' sudah 'smell' yang Ong Ka Ting mungkin boleh datang balik, oleh itu Chua Soi Lek yang sedang mendahului rating taruhan dari 'bokie' judi 60-40 dengan Ong Tee Keat perlu lah membuat rombakan semula dalam strategi dan pelan perang mereka.


dollah yankee -
Dalam pertandingan kali ini, kalau satu lawan satu, senang-senang Chua Soi Lek akan 'pukui' Ong Tee Keat sebab Chua Soi Lek memang kuat di 'grassroots'.

No comments:

Post a Comment