suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 23, 2010

Taruhannya ialah jawatan menteri

Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanLiow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
Untuk jawatan kerusi nombor 2 MCA pada mesyuarat pemilihan 28 haribulan nanti akan menyaksikan satu perlawanan satu lawan satu diantara dua orang menteri cina.

Kita akan menyaksikan perlawanan diantara Liow Tiong Lai selaku menteri kesihatan dan Kong Cho Ha selaku menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Keputusan siapa yang akan kalah pada pemilihan juga akan menyaksikan salah seorang mereka akan hilang kerusi empuk menteri.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula berpendapat, oleh kerana kedua-dua mereka ini adalah menteri penuh yang menggunakan tiket parti MCA untuk duduk dikabinet, maka perwakilan perlu berfikir lima enam kali untuk memangkah siapa diantara mereka yang telah menjalankan tugas dengan baik. Perwakilan perlu mengundi berdasarkan 'track record' kedua-dua orang calon ini, bukan nya berdasarkan sentimen peribadi.


dollah yankee -
Ini lah dunia politik, hari ini gaduh, esok baik balik, lusa bertumbuk, tulat berpeluk-peluk...

No comments:

Post a Comment