suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 10, 2010

Soi Lek, Tee Keat sama-sama menunggu 29hb.



Dengan bermodalkan 40% undi daripada 2,387 perwakilan yang sudah sedia dalam tangan, Chua Soi Lek akan memastikan pemilihan semula MCA pada 29hb nanti tidak boleh ada perlawanan dua atau tiga penjuru.

Chua Soi Lek mahukan pertandingan satu lawan satu dengan Ong Tee Keat untuk jawatan nombor satu MCA itu untuk menyelesaikan segala masalah,persengketaan dan konflik yang telah berlarutan semenjak DVD skandal seknya terbongkar pada tahun 2008.
(Biarpun Chua Soi Lek belum lagi membuat pengumuman resmi untuk mencabar jawatan nombor satu itu,namun gurkah-gurkah politik sudah berani bertaruh mahu potong telinga yang Soi Lek tetap akan mencabar)

Kalau mengikut kepada percaturan yang dibuat oleh 'bookie-bookie' judi yang datang mengambil pertaruhan, agak susah untuk Chua Soi Lek memenangi jawatan nombor satu itu jika Soi Lek berhasrat untuk 'mendayung' secara solo tanpa ber 'pair' dengan siapa-siapa. Ini kerana gurkah-gurkah politik sudah mula menjalankan perang saiko terhadap perwakilan-perwakilan yang mana jika ditakdirkan Chua Soi Lek menang jawatan presiden maka dia pasti akan menjadi satu 'liabiliti' kepada Barisan Nasional pada PRU-13 yang tak lama lagi kerana PR akan habis-habisan mengekploitasikan dan melondeh Chua Soi Lek untuk menjatuhkan BN dan ini merupakan satu bonus pada PR.


Gurkah-gurkah telah mengingatkan perwakilan yang Ong Tee Keat akan memasuki gelanggang dengan hanya berbekalkan 30% undi yang sedia ada dan siap menanti, dan jika Tee Keat membuat keputusan berjuang secara solo tanpa 'pair', keupayaannya tidak harus dipandang sebelah mata kerana Tee Keat pernah berjuang secara solo dan menang semasa EGM pada bulan 10 lalu.


Dan jika Tee Keat terus-terusan bermain dengan irama syahdu 'undi simpati', tidak mustahil 30% undi atas pagar dalam MCA akan memihak kepadanya.
(Sehingga jam 5 petang tadi 'bokie-bokie' telah mendedahkan taruhan terhadap Tee Keat dan Soi Lek masih lagi 50-50)


dollah yankee -
Apa pun, harapan untuk melihat pertandingan 1 lawan 1 mustahil akan terjadi kerana 'Ong Brothers' juga sudah menggerakan gurkah-gurkahnya.

No comments:

Post a Comment