suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 30, 2010

PR dah mula menebas,BN baru asah parang

Dalam masa satu jam selepas tersebar berita kematian MP Hulu Selangor akibat barah otak pada hari khamis lepas jam 9.30 malam, banyak ketua-ketua dan ajk umno cawangan dalam bahagian hulu selangor berkumpul bersama-sama untuk mesyuarat yang tanpa sebarang persediaan dan persiapan di beberapa tempat.

Sehinggakan ada satu meeting tu dikhabarkan sampai jam 3.30 pagi pun masih tak habis lagi dan perbincangan tertumpu kepada berbagai aspek tentang pilihanraya kecil yang akan dipanggil oleh SPR.

Ada juga beberapa ketua dan AJK cawangan-cawangan umno dalam bahagian itu telah mendesak mahukan calon dari orang melayu serta telah mencadangkan 1001 macam punya cadangan berhubung dengan pilihanraya kecil ini kepada ketua bahagian mereka yang sedang pening sebab sedang banyak berfikir.

Tahu kah anda? Sebelum mayat arwah Datuk Zainal dikebumikan, ketua-ketua umno dan ketua-ketua MIC dalam parlimen Hulu Selangor sibuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan. Dan hinggakan Samy Vellu yang pada masa yang sama juga, pada pagi-pagi buta lagi hari jumaat itu, juga sedang mengadakan mesyuarat, tak berhenti-henti menalipon gurkah-gurkahnya yang ada dalam umno bertanyakan sudahkah mayat Datuk Zainal dikebumikan.

Gurkah-gurkah ini naik pelik sebab apa yang Samy ni kalut sangat nak tahu pukul berapa mayat nak dikebumikan. Rupa-rupanya satu jam selepas itu, dan pada waktu yang sama ketika azan jumaat berkemundang diudara, Samy Vellu telah menampar ketua-ketua umno yang mahukan kerusi itu untuk umno bila dia secara resmi telah mengumumkan cadangan agar G.Palanivel diletakan sebagai calon disana. Maka ternga-nga nga-nga lah ketua-ketua umno ini akibat dari tamparan itu.

Tambah ternga-nga mereka bila pada malamnya Mahyudin Yasin dalam satu kenyataan telah mengatakan yang Samy Vellu berhak untuk menentukan siapa calon yang patut diketengahkan oleh MIC pada PRK ini.

Keriuhan, kesibukan, dan kegelabahan orang-orang umno ini jelas menunjukan yang BN cukup serius untuk menghadapi PRK Hulu Selangor ini. Tiada masa yang dibuang oleh ahli-ahli politik ini bila mereka dan parti-parti mereka ber'gear-up' untuk membuat persediaan bagi menghadapi PRK ke-10 sejak PRU 2008 lepas yang telah menyaksikan negeri Selangor ini di ambil alih oleh PR.

Dalam konstitiusi yang mempunyai seramai lebih dari 60,000 pengundi, Hulu Selangor telah bersiap sedia untuk menjadi satu medan perang dan pertempuran yang cukup sengit untuk BN bagi menghadapi PR yang ternyata cukup kuat buat BN, dan mereka begitu 'eager' untuk menang.

Jika BN tewas lagi kali ini akibat kemeluatan rakyat marhain maka, semakin gelap lah imej Najib yang telah bekerja keras untuk mengambil hati setiap rakyat. Sebaliknya jika PR masih terus mengekalkan rentak kemenangan, ini merupakan satu kemenangan moral untuk Anwar Ibrahim yang sedang di hentam dan diserang habis-habisan.

Oleh itu ayuhlah para-para blogawan, blogger-blogger jalanan, bloger-blogger yang mendapat upah, blog-blog yang SS sekalian, marilah kita sama-sama menghangatkan suasana PRK ini.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' nampak macam tak sabar menunggu kemunculan 'bookie-bookie' judi untuk mengambil taruhan dalam pertandingan PRK Hulu Selangor ini. Mereka juga sedang menunggu paluan gendang dari SPR.

No comments:

Post a Comment