suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, March 22, 2010

Perlawanan 3 penjuru





Telah sah 28 haribulan ini perwakilan-perwakilan MCA dalam mesyuarat pemilihan akan pening kepala siapa mereka mahu pilih.

Ong Ka Ting dengan misi mahu menyelamatkan parti telah dilihat mempunyai harapan besar untuk memenangi kerusi nombor satu itu, tetapi Chua Soi Lek pula telah dilihat sebagai penghalang untuk Ka Ting kembali.

Ong Tee Keat, kalau atas kertas telah dilihat calon yang mempunyai peluang yang cukup tipis, tetapi jangan pandang dia sebelah mata. Dia satu orang yang 'champion' dalam taktik perang secara gerila, dan kita tidak boleh 'under-estimate' dia sebab kita tidak tahu bila dia akan menyerang habis habisan.

Bagi Chua Soi Lek pula, dia sudah tidak boleh untuk elak dari sama-sama bertanding jawatan nombor satu itu kerana sekali ini penyokong-penyokong beliau sudah lama bersabar dan tidak mahu lagi dia menjadi barang mainan selepas pemilihan pada 2008.


dollah yankee-
'Bookie' judi suruh gurkah-gurkah letak taruhan kepada Chua Soi Lek, Liow Tiong Lai dan Ng Yen Yen.

Nota: Sehingga jam ini, ketiga-tiga calon ini masih belum datang untuk menamakan diri sebagai orang yang akan bertanding pada pemilihan 28.03.2010

No comments:

Post a Comment