suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, March 21, 2010

Pemimpin UMNO cari platform baru

Nampaknya Sdr.Azman Shah (ini orang ada lah kawan-kawan lama gurkah-gurkah politik di-'port') yang telah di 'disqualified'kan pada saat-saat akhir hari pertarungan untuk merebut jawatan presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,Pulau Pinang pada dua minggu lalu, dimana dia benar-benar berharap akan menang pada pemilihan itu untuk mencari laluan baru, tetapi terpaksa berputih mata dan punah segala harapan.

Setelah dia melihat sudah tidak punya apa-apa platform untuk berjuang, (berjuang?!..kah..kah..kah..), dia kini sedang berusaha untuk mengumpulkan sokongan lain-lain ahli-ahli perniagaan melayu untuk mengujudkan dan mendaftarkan satu lagi persatuan yang baru untuk ahli-ahli perniagaan melayu di Pulau Pinang ini.

Persatuan yang baru yang bakal diujudkan dan didaftarkan ini akan memberikan satu platform baru untuk peniaga-peniaga melayu mempromosi dan berurusan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dalam pelbagai isu-isu.

Gurkah-gurkah politik yang di upah oleh Azman Shah untuk kerja-kerja ini menjelaskan yang persatuan yang baru yang akan diujudkan ini juga akan bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menyuarakan apa-apa juga permasaalahan mereka.


dollah yankee -
di pulau pinang ini terlalu banyak sangat persatuan-persatuan yang di tubuhkan untuk membela dan menjaga orang melayu dan peniaga-peniaga mel;ayu, tapi satu habuk pun tak boleh pakai sebabnya kesemua persatuan ini di terajui oleh orang-orang politik terutamanya dari parti UMNO. Jadi bila dah di terajui oleh orang UMNO, maknya secara tak langsung persatuan-persatuan ini pun kepala otak mereka macam UMNO... tak boleh pakai !

No comments:

Post a Comment