suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 11, 2010

Pemimpin UMNO cari platform baru

Datuk Azman Shah
PENYANDANG JAWATAN DAN KETUA UMNO BERDEPAN UNTUK JAWATAN TERTINGGI DPMM PULAU PINANG

Masing-masing sudah siap asah parang. Yang sorang buat kerja kempen secara terbuka dan yang sorang lagi buat kempen secara diam-diam, tup-tup umum nak bertanding. Namun kedua-duanya sudah bersiap untuk turun 'ring' merebut jawatan nombor satu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Kedua-duanya sudah 'all out' untuk menarik perhatian kira-kira 1,700 ahli yang akan membuat pemilihan pada petang ini pada mesyuarat agung persatuan itu.

Penyandangnya adalah Rizal Faris Mohiden yang baru satu penggal berkhidmat manakala pencabarnya ialah Datuk Azman Shah, seorang bekas EXCO Pemuda UMNO, Ketua UMNO cawangan dan Naib Ketua Bahagian UMNO Jelutong yang tidak disahkan(mesyuarat mereka telah dibatalkan oleh MT UMNO) dan juga adik kepada ahli perniagaan Datuk Amin Shah, dari Business Focus.

Rizal Faris yang jenis lantang bersuara dimana baru-baru telah mengetuai satu demontrasi membantah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa telah meminggirkan peniaga-peniaga kecil melayu, sementara Azman Shah yang baru pulang dari seberang laut selepas beberapa tahun berbisnes disana.

Kedua-duanya telah sama-sama berkempen dengan begitu keras sekali mempromosikan diri masing-masing.

Rizal Faris dalam kempennya berkata dia telah banyak memberi kebaikan kepada persatuan dan antaranya ialah semenjak dia memngambil alih dari Datuk Rahman Maidin, dia telah berjaya mengurangkan hutang persatuan dari 12 juta kepada tinggal 5 juta.

Dalam kempennya dia juga berkata yang DPMM Pulau Pinang akan terus keritikal terhadap Guan Eng.

Bagaimana pun pencabarnya Azman Shah pula berpendapat yang fungsi dan tugas DPMM Pulau Pinang bukan lah turun ke jalan raya dan berdemo tetapi DPMM Pulau Pinang harus memacu persatuan untuk membangunkan peniaga-peniaga melayu dengan plan dan kerangka yang lebih baik bagi bersaing dengan peniaga-peniaga cina dan india.

Azman berkata dia tetap akan meneruskan niatnya bertanding sebagai presiden biarpun ada cakap-cakap dimana kalau diikutkan perlembagaan, dia tidak layak untuk bertanding merebut jawatan ini sebab dia baru sahaja 2 tahun menjadi ahli dimana untuk melayakan seseorang bertanding sebarang jawatan dalam persatuan.

Azman juga dalam kempennya berkata yang kumpulan Rizal Faris telah cuba menghalangnya untuk bertanding jawatan itu. Dan jika mereka tidak mahu dia bertanding mengapa mereka telah menerima borang pencalonannya? Kumpulan Rizal Faris ini juga telah membuatkan persatuan ini sebagai persatuan mak bapak mereka sehinggakan ahli-ahli nya juga sudah tidak tahu apa yang dah jadi dan apa yang sedang berlaku dalam persatuan ini sekarang.
dollah yankee -
2.30 tadi sempat jenguk sekejab perjalanan mesyuarat ini di Hotel Traders. Setelah bertanya khabar dengan beberapa gurkah politik yang berkempen untuk Azman, telah dapat maklumat yang Azman Shah akan tewas teruk.Ini kerana kebanyakan ahli-ahli adalah mereka yang Anti-UMNO.

No comments:

Post a Comment