suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 26, 2010

Pemilihan MCA:Tee Keat sepatutnya mati sebagai 'viking'

Lari dari mulut naga, masuk mulut buaya. Itu kata yang cukup sesuai untuk BN bila cuba melarikan diri dari pilihanraya kecil DUN Titi Panjang, tetapi terpaksa pula berhadapan dengan pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Gendang perang belum lagi dipalu, jadi kita kena laa tunggu. Hari ini kita cakap tentang pilihanraya MCA.

Masa hanya tinggal lagi dua hari saja lagi sebelum mesyuarat pemilihan MCA. Tetapi bagi orang-orang politik satu hari pun bagi mereka adalah terlalu panjang atau kata orang puteh ' one day is too long'.

Perlumbaan untuk memancing undi sudah berhenti seketika sejak jam lima petang tadi kerana kesemua 2,378 perwakilan MCA yang akan mengundi pada 28 haribulan nanti sudah pun memulakan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur.

Kempen untuk memancing undi akan bertukar taktik bila kempen akan diteruskan dari pintu ke pintu di bilek-bilek hotel tempat penginapan para perwakilan pada malam ini dan esok.

Sehingga jam lima petang tadi mengikut taruhan dari 'bookie-bookie' judi menunjukan kedudukan calun-calun adalah 40% untuk Ong Ka Ting, 45% untuk Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat hanya mendapat 15%.

Yang pasti, menurut laporan dari gurkah-gurkah politik MCA ialah, Ong Tee Keat semakin kehilangan sokongan, ini kerana gurkah-gurkah politik untuk Ong Ka Ting dan Chua Soi Lek sudah main taktik kotor bila dalam saat-saat akhir kempen mereka terhadap penyokong-penyokong Ong Tee Keat gurkah-gurkah ini sudah bikin cerita yang Ong Tee Keat akan umum tarik diri dari perlumbaan ini kerana sudah menyedari yang Tee Keat sudah tidak punya harapan lagi dan untuk tidak mensia-siakan undi mereka, wakil-wakil ini yang menyokong Tee Keat di minta 'swing' undi mereka kepada Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting.

Berita terakhir pula memberitahu yang Tee Keat memang akan menarik diri dan semua undi dari kem Tee Keat akan di 'swing' sama ada kepada Soi Lek atau Ka Ting dengan syarat Tee Keat boleh mengekalkan jawatanya sebagai menteri dalam kabinet.


dollah yankee -
'Tee Keat sepatutnya mati sebagai 'viking' bukan nya menaikan bendera puteh.

No comments:

Post a Comment