suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 31, 2010

MCA: 3 hari selepas pemilihan


ROMBAKAN KABINET?
NO!... Perwakilan MCA yang telah memilih Chua Soi Lek sebagai Presiden dan kekalahan dua menteri, Ong Tee Keat dan Kong Cho Ha dijangka tidak akan dilakukan sehinggalah pilihanraya kecil Hulu Selangor selesai pada bulan ini (April).

Gurkah-gurkah politik di'port' yang telah tengok 'air dalam mangkok' percaya Najib akan tunggu sehinggalah pilihanraya kecil itu sebelum membuat pertukaran.

Masa ini MCA ada menteri penuh dan tujuh timbalan menteri.

CHEW MEI FUN SEDANG DI 'PRESURE'
Itu lah ... orang melayu dok kata, 'kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa', orang puteh pula kata 'talkative people always in trouble', kah..kah..kah..

Sudah tiga hari pemilihan MCA selesai, tapi orang-orang cina dalam MCA tetap tak lupa ungkapan menyakitkan dari ketua wanita Chew Mei Fun yang membuat kenyataan dengan penuh perasaan..."saya akan berhenti kalau Chua Soi Lek di pileh sebagai Presiden".

Kenyataan itu dibuat beliau semasa MCA sedang menghadapi krisis kepimpinan yang cukup tenat. Hari ini pengkeritik-pengkeritik beliau sudah mula menyoal, bila dia mau 'cakap serupa bikin'?

Mengikut maklumat dari gurkah-gurkah cina dalam MCA, pimpinan tinggi wanita MCA sedang berusaha untuk mencadangkan beberapa cadangan untuk mengekalkan Chew Mei Fun.

BENDAHARI AGUNG YANG PERTAMA 'RESIGN'
Berikutan dengan kekalahan Ong Tee Keat pada pemilihan ahad lepas, bendahari agung MCA yang juga ketua perhubungan MCA Wilayah Persukutuan Tan Sri Tee Hock Seng, yang telah dilantik oleh Tee Keat telah menyerahkan surat perletakan jawatan. kelmarin.

Dalam surat itu juga dia telah mengatakan supaya jangan membuat sebarang tawaran lagi untuknya supaya dia kembali. Dia membuat keputusan itu berikutan dengan kenyataan sebelum ini yang dia hanya boleh bekerja dengan Ong Tee Keat.


dollah yankee -
Last sekali cina tu sudah bisik..."gua dengar Lim Ah Lek pun sudah cabut dari MCA sebab dia sudah hot Tee Keat sudah kalah sama Soi Lek".

1 comment:

  1. sori bro...

    gua ingat2 .... kalu di Hulu Selangor bini lossmah kalu tak bagi MIC bertanding, tentu Samy merajuk abis.....

    jangan dia apply masuk MCA suda......

    malayulama

    ReplyDelete