suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 02, 2010

Kontraktor 'Ali dan Baba' tak senang hati ...

Mengikut pengalaman dollah yankee, sekitar tahun 2000 dulu, kalau mana-mana kontraktor yang telah mendapat kontrek atau tender kerajaan, mereka akan mendapat 30 % wang permulaan daripada nilai sesuatu projek itu. Kemudian kontraktor ini setelah mengambil 30% wang permulaan itu kemudiannya akan menjual pula projek ini kepada mana-mana kontraktor cina yang menjadi rakan mereka yang sentiasa siap sedia menunggu. Akhirnya jadilah 'kontraktor cina makan isi, kontraktor melayu makan kuah !'
(dollah yankee pun dulu pernah buat kerja maacam tu... ada laa satu, dua projek kecik)

Itu peel kontraktor melayu/umno yang bertanggung jawab mahu menyiapkan projek tersebut.

Tetapi bagi kontraktor melayu/umno lain yang dah rembat itu 30% permulaan, dan kemudian jual pula projek itu dekat kawan dia, kemudian kawan dia pula jual dekat kawan kepada kawan dia? Peel ini lah yang buatkan projek-projek itu terbengkalai.
(Bimbangkan keadaan beginilah yang membuatkan Lim Guan Eng mahu klausa tersebut diselitkan pada borang tender A itu)

Olih sebab dollahyankee dah tinggalkan bidang kontrek ini pun dah lama, jadi tak tau lah pula sama ada sistem macam itu masih lagi diguna pakai oleh kontraktor-kontraktor melayu/umno disini.

Rasa-rasanya kebanyakan kontraktor-kontraktor umno ini masih lagi mempraktikan sistem itu sebabnya kalau tidak takkan lah Ketua Pemuda umno bahagian Kepala Batas, Reezal Merican sudah bimbang dan kalut buat sidang akhbar membantah tindakan PDC (Penang Development Corporation) menyelitkan satu klausa dalam borang tender A untuk membenarkan penamatan sesuatu kontrek itu "tanpa memberi sebarang alasan dan pada bila-bila masa" demi untuk melindungi dan menjaga hak dan kepentingan awam.

Mamak Reezal Marican ini sudah cakap yang klausa yang diselitkan itu adalah merupakan satu "ancaman saikologi" atau percubaan untuk menakut-nakutkan kontraktor-kontraktor melayu/umno yang membida apa-apa juga projek atau kontrek.

Selaku Ketua Penerangan dalam pemuda, dia juga telah melahirkan rasa tidak senang hati Pergerakan Pemuda UMNO dengan perkara klausa ini.

Dan sebentar tadi telah terjumpa saudara Baskaran Kunjamboo, seorang sahabat lama yang dikenali semasa dollah yankee dan dia sama-sama menjadi 'co-ordinator estate' di Dublin Estate, Mahang,Kedah sekitar tahun1982 dulu, kini merupakan seorang Senior Manager di PDC berkata, klausa itu sebenarnya perlu untuk melindungi PDC dari sebarang manipulasi, 'malpractice' atau rasuah.

Tidak ada seorang pun kontraktor melayu/umno yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka atau membantah kepada klausa ini dalam borang tender A itu dan Lim Guan Eng sebelum ini pun tidak pernah membatalkan atau menarik balik apa-apa dan mana-mana projek yang telah ditawarkan kepada kontraktor melayu/umno ini kata Bas lagi.

"The clause was a simple admin matter" dan adalah perlu untuk melindungi PDC dan kepentingan awam untuk ditamatkan sesuatu kontrek atau tender itu sebelum ianya ditanda tangani memandangkan kontraktor akan ada banyak masa selepas pengeluaran borang tender A dan sebelum kontrak resmi antara PDC dan kontraktor itu di tanda tangani.

dollah yankee -
Takkan si mamak Reezal marican ni tak tahu yang PDC pun ada tender board juga, mana boleh dengar kata Lim Guan Eng sorang saja...takkan lah PDC tak ikut tender prosedur yang dikeluarkan oleh Treasury's? Mangkuk punya mamak! asyik nak serrrbuuu ...!!!

No comments:

Post a Comment