suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 05, 2010

Kerana silap pileh 'Kayu'

"Kalau letak kayu sekali pun untuk lawan dengan BN, aku akan undi dan pangkah kayu itu."

Sampai begitu sekali sentimen rakyat dibawah yang begitu meluat dan fedup dengan sifat,perangai dan tingkah laku pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional dan wakil-wakil rakyatnya ketika kempen-kempen semasa PRU-12 2008 yang lalu.

Buktinya, banyak kayu-kayu yang diletakan sebagai calun yang mewakili parti Pakatan Rakyat telah menang dengan selesa. Banyak juga calun-calun kayu ini telah menewaskan nama-nama besar dalam politik Malaysia seperti Koh Tsu Koon dan lain-lain lagi nama besar termasuklah si-kayu 'Mohsin' dari parlimen Bagan Serai yang telah menang dengan majoriti yang besar keatas Zainal Abidin Zin.

Sebelum PRU-12 tak ramai rakyat Bagan Serai yang kenal dengan si-kayu Mohsin ini. Begitu juga selepas menang pada PRU itu, suaranya juga langsung tidak pernah didengar dalam Dewan Rakyat.

Tujuan rakyat bawah di Bagan Serai mengundi dan memangkah kayu ini sebab rakyat di Parlimen Bagan Serai mahukan lebih banyak wakil-wakil rakyat dari parti Pakatan Rakyat untuk meng "checks and balanced" kan kedudukan kerusi-kerusi dalam parlimen dan atau kerusi-kerusi di DUN.

Kini baki kuasa 'margin' diantara PR dan BN dalam Dewan Rakyat hasil daripada sentimen kuasa rakyat semasa PRU-12 itu telah menjadi semakin kecil disebabkan kayu-kayu yang
diletak sebagai calun untuk PR ini telah direputkan oleh Najib melalui "two third operations"nya dengan menyiram racun yang cukup kuat kesannya. (Tak tau lah pulak apa jenama racun tu, tapi diberitahu yang racun tu cap RM)

Kayu-kayu ini juga telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepada mereka yang mahukan PR menjadi lebih kuat didalam Dewan Rakyat sehinggakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terpaksa memohon maaf kepada rakyat kerana telah memileh kayu-kayu ini menjadi calun PR.


dollah yankee -
Sudah terlambat untuk minta maaf. Tidak mengapa telah silap pileh, semoga tidak silap lagi pileh calun pada PRU-13 nanti kerana itu lah harinya PR akan memasuki Putrajaya.

No comments:

Post a Comment