suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 09, 2010

Jangan main api dan jangan cuba jadi hero kampung, pasti buruk padahnya!

Kalau ikut pada buku, "Majlis Penasihat Pembanggunan Orang Asli" adalah sebuah majlis yang dibawah tajaan Kementerian Pembanggunan Luar Bandar yang mewakili kebajikan dan hak kepentingan masyarakat orang asli di Malaysia ini, manakala yang paling dekat dengan 'majlis' ini ialah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Fungsi dan tugas 'majlis' ini ialah sebagai penasihat kepada Kementerian termasuklah mengenal pasti dan merangka pelan-pelan dan langkah-langkah sama ada pendek atau panjang tentang masalah pembanggunan masyarakat orang asli dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan isu-isu yang berkaitan.

Tapi apa lah punya malang nasib 'majlis' ini yang telah cuba membangkitkan isu-isu dan pekara-perkara yang timbul yang memerlukan tindakan dan pemerhatian daripada agensi yang berkenaan dimana isu-isu yang sepatutnya diselesaikan berhubung dengan isu pengurusan Hospital orang asli Gombak, tapi isu-isu ini telah disapu dan disimpan dibawah tikar sehinggakan ada wakil-wakil dari 'majlis' ini memberitahu yang keadaan disana sudah semakin teruk.

Akibat tidak tahan dengan aduan-aduan dan laporan yang telah dibuat yang telah di tong sampahkan, masyarakat orang asli ini pun sudah mula pandai dan berani untuk turun membuat tunjuk perasaan kira-kira dua minggu yang lalu setelah beberapa percubaan untuk menyelesaikan masalah mereka menemui jalan buntu.

Begitu juga lah dengan nasib masyarakat luar yang telah cuba untuk bangun berjuang membantu membela hak dan kepentingan masyarakat orang asli ini juga akan mendapat masalah besar.

Itu lah yang berlaku kepada seorang pegawai perubatan di Hospital Orang Asli Gombak tersebut iaitu Dr.Selvaa Vathany Pillai yang telah mendedahkan salah urus pentadbiran hospital tersebut serta penyalahgunaan dana-dana yang telah diperuntukan.

Akibat daripada cuba 'bermain dengan api' ini telah menyebabkan Dr.Selvaa telah diarah untuk ditukarkan ke salah sebuah hospital di negeri Kedah dalam masa 72 jam sahaja.

Yang paling menarik ialah, sebelum Dr.Selvaa ditukarkan, seorang seorang pegawai kanan telah memberi nasihat yang lebih merupakan sebagai satu amaran kepada lain-lain 'staff' yang tidak puas hati dengan pentadbiran hospital itu boleh membuat permohonan untuk ditukarkan atau pun akan ditukarkan tanpa sebarang notis atau pun tanpa sebarang alasan-alasan yang kukuh seperti yang terjadi kepada Dr.Selvaa dan yang lain-lain sebelum ini.

Berikut adalah antara suara-suara yang telah keluar melahirkan rasa kemanusiaan mereka berhubung dengan hospital orang asli ini yang telah disuarakan dua,tiga tahun yang lepas...

posted by: bah li suami staf beruniform (reply)post date: 03.07.08 (7:13 am)

Penyelewengan dan bermacam-macam perkara buruk di JHEOA bukan sahaja berlaku di bahagian kesihatan dan perubatan tetapi di bahagian-bahagian lain juga. Contohnya: peruntukan pakaian seragam telah dikurangkan dari 3 pasang kepada 2 pasang sahaja sejak 2 tahun yang lalu dan pada tahun 2007 sistem pemberian uniform telah ditukar. Kalau dulu staf yang beruniform diberi 12 meter kain untuk 3 pasang uniform dan upah jahit dimasukkan ke dalam akaun staf tapi pada tahun 2007 satu syarikat dah dilantik untuk menjahit uniform semua staf yang pakai uniform di joa. bantahan dah dibuat semasa "tukang-tukang jahit" ukur uniform itu pada bulan ogos (sepatutnya semua uniform dah diberikan kepada staf seawal bulan april- mengikut pekeliling le...) 3 helai baju (seakan-akan baju yang dipakai oleh pekerja kilang)bersaiz S,M dan L digunakan sebagai contoh ukuran dan hasilnya yang staf dapat pada bulan desember sungguh menyedih dan menyakitkan hati sebab semua uniform yang dah siap tak boleh dipakai kerana saiz yang tidak selesa untuk dipakai dan juga tidak mengikut contoh yang diberikan. semua staf yang beruniform dipaksa untuk tandatangan dan ambik baju-baju yang dah siap itu kerana alasannya bayaran akan dibuat pada syarikat yang diberi kontrek sedangkan kalau kita membeli barang di kedai pun jika barang itu rosak atau tidak boleh digunakan, kita boleh tuntut semula barang baru atau wang akan dikembalikan!! tapi lain pulak dengan bahagian kewangan ibu pejabat yang ketuanya ummu aiman katanya baju-baju yang dah siap mengikut spek yang ditetapkan sedangkan dia sendiri tak menengoknya. Kenapa terlalu tergesa-gesa nak buat bayaran sedangkan uniform-uniform yang belum atau tidak mahu diambil berlungguk lagi di dalam bilik mesyuarat/stor bahagian kesihatan dan perubatan. Kononya bila staf ambik uniform tu mereka bolehlah membuat aduan tetapi aduan-aduan yang dah ditulis pun tak ada tindakan apa-apa. Ada juga uniform yang warna dah ditukar dari kuning kepada biru !!!! tidak kah ini satu pembaziran yang memakan belanja yang mahal..... dan pada tahun 2007 staff beruniform tidak dapat mendapat bekalan yang sepatutnya. Dan menurut khabarnya pada tahun 2008 perkara yang sama akan berulang sekali lagi (dengan restu Dato k/p) walaupun apa yang terjadi pada tahun 2007 dah begitu ketara ada kepincangan berlaku dan dengan bangganya perkara yang sama akan berulang lagi dan entah berapa lagi wang yang akan dibazirkan untuk itu.Ini baru satu perkara.......mungkin banyak lagi perkara yang belum diketahui umum........

posted by: Mutar Sali (reply)post date: 03.17.08 (11:07 pm)

Apa dah jadi dgn JHEOA Seksyen Kesihatan, itulah letakan hospital ini bukan pada orang sepatutnya. Patutnya bagi pada KKM yang paham urus kesihatan, bagi pada Kementerian Luar Banda dan Wilayah yang menterinya pun kalah. Sedarlah sikit wahai orang kementerian dulu KKM nak ambik tak kasi. Sekarang apa dah jadi. Banyak masalah dalaman dari masalah orang asli. Buat apa simpan orang mcm ni. Ramai lagi yang layak urus hospital ni. Ini belum lagi penyelewengan peruntukan orang asli di daerah-daerah yang mana pegawainya hanya ambik cap jari OA saja tapi bantuan "hilang" sampai opis cakap kami ambik tapi dia orang bohong pada bos mereka. Bos dia pun sama. Banyak komen diatas tak ada siasatan, macamana staf nak keja kalau tak seronok. Ada jugak aku dengar orang kewangan kat Hospital tu lagi "power" banyak keperluan staf kena cantas. Harap Menteri Maklum dan siasat. Org Ibu Pejabat tenguk staf yang kena anaya ni.


dollah yankee -
Ini Dr.Selvaa sudah silap bila cuba mahu jadi hero, dia sepatutnya jumpa mana-mana ahli politik dari Pakatan Rakyat dan biar ahli-ahli politik dari PR ini yag kerjakan mereka.

2 comments:

  1. Great Info and suggestion from Abang Dollah that really open our eyes....

    ReplyDelete
  2. Great Info from Abang Dollah they really open our eyes....and they should meet with PR representative

    ReplyDelete