suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, March 07, 2010

Gurkah Saifudin

Semasa ke ceramah sempena 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di tapak pesta Sg.Nibung 9 malam tadi, dollah yankee telah terserempak dengan beberapa gurkah politik yang pernah buat 'kerja-kerja underground' untuk Saifudin Nasution semasa dalam Pergerakan Pemuda UMNO suatu waktu dahulu. Saifudin banyak terhutang budi dengan gurkah-gurkah ini biarpun perkhidmatan mereka bukan percuma.

Dan selepas 1998, gurkah-gurkah ini sudah tidak pernah jumpa dan berhubungan lagi dengan Saifudin. Namun apakan daya, gurkah-gurkah ini sudah kempunan tak dapat nak jumpa dengan Saifudin sebab malam tadi Saifudin sudah tidak dapat datang untuk berceramah kerana dia masih lagi sibuk di Kuala Lumpur berhubung dengan pemecatan Zul Nordin pada petang tadi.

dollah yankee -
Tak apa sahabat... nanti boleh jumpa 10hb di Seberang Jaya, dia mesti akan datang

1 comment: