suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, March 28, 2010

Dewan Rakyat yang akan panas


Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan dalam blognya http://ahmadmaslan.blogspot.com
kata yang dewan rakyat minggu depan akan bertambah panas.

Manakala gurkah-gurkah politik di'port' pula kata bukan saja akan panas tetapi akan juga menggelegak.

Ini kerana Anwar Ibrahim yang telah diserang habis-habisan dijangka menyerang balas BN/Najib dengan menjelaskan alasannya berhubung dengan kenyataan tentang APCO, sebuah firma konsultan Amerika yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan Israel, yang telah dilantik sebagai konsultan imej kepada kerajaan Najib dan Rosmah, telah mengguna pakai konsep 'One Israel' dalam kempen 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan Rosmah.

Bila pihak kerajaan BN/Najib & Rosmah serta firma tersebut menafikannya, maka berebut-rebut lah dengan begitu pantas 'BN Backbenchers' membawa usul agar Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Namun YDP Dewan Rakyat pun tak tahu lah, sama ada ikhlas atau tidak dalam menegakkan demokrasi dengan memberi peluang kepada Anwar untuk memberi penjelasan dengan lebih terperinci dan 'details' berhubung dengan kenyataan itu dalam dewan minggu depan.

Baca juga disini:

Pesta pembelaan zionis oleh Pak Bakaq kita...
http://penarikbeca.blogspot.com


dollah yankee -
tak tahu lah 'pungkok' siapa yang akan panas ...

2 comments:

  1. yANG PASTINYA "PUNKOQ SIFOOL YANG PANAS" KERANA SEMUA MASALAH NEGARA SEDANGKAN DISUMBAT KE DALAMNYA.

    ReplyDelete
  2. sdr azman,
    Kah..Kah..Kah.. tak berak pulak dia!

    ReplyDelete