suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 25, 2010

Aikk?!! Tengku Razaleigh wakil kerajaan PAS Kelantan?

Sanggup kah Tengku Razaleigh menerima tawaran dari kerajaan PAS Kelantan yang mana dalam satu mesyuarat exco yang di pengerusikan oleh TG Nik Aziz kelmarin telah membuat keputusan melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan PAS Kelantan untuk membincangkan perkara isu royalti minyak dengan kerajaan persekutuan BN/umno.

Surat perlantikan itu akan dihantar kepada Tengku Razaleigh secepat mungkin. Dan antara skop tugas Tengku Razaleigh ialah perlu menyelesaikan isu tuntutan wang royalti ini dalam masa empat bulan.

Kerajaan PAS Kelantan tetap mendesak agar kerajaan persekutuan membayar wang royalti dan bukannya wang ehsan biarpun kalau ikut dalam buku, kerajaan Kelantan tidak berhak untuk mendapat royalti.

Nampak macam kartun pulak perkara ini sebab, Tengku Razaleigh tu MP Gua Musang dari BN, tak kan lah sanggup nak pergi bertekak bagi pihak PAS? Tapi kalau kita 'ushar' betul-betul, sebelum ini pun Tengku Razaleigh ada pernah cakap yang dia sanggup jadi 'mediator' untuk menyelesaikan isu royalti ini.

dollah yankee- Job ini ada bayar kah? atau pun 'free service' demi untuk rakyat Kelantan?

No comments:

Post a Comment