suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, February 17, 2010

S/U Agung DPMM kena tumbuk dengan YDP

... " Hang babi"
... " Hang haram jadah"
... " Hang sial laa.."
... " Hang barua"
... " Hang memang kurang ajaq"

Itu antara kata-kata kesat dan luahan kemarahan dan makian disamping bermacam-macam lagi kata-kata sumpah seranah yang telah dihamburkan oleh Rizal Faris Mohiden, Yang Di-Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang dalam satu 'ambush' untuk balas dendam terhadap Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk A.Rahim dan dua lagi Datuk yang ada bersama di 'airport' ketika sedang menunggu penerbangan keluar untuk pulang ke KL setelah mengetuai satu delegasi lima,enam orang pimpinan tinggi DPMM yang membuat kunjungan hurmat keatas Lim Guan Eng untuk mendapatkan gambaran dan angka-angka yang sebenar berhubung dengan tindakan Rizal yang menggunakan tiket YDP DPMM Pulau Pinang untuk mengetuai satu tunjuk perasaan atas dakwaan peniaga-peniaga melayu ditindas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kunjungan delegasi ini ke Pulau Pinang juga dibuat secara diam-diam, senyap-senyap tanpa memberitahu, tanpa menjemput dan telah meminggirkan Rizal Faris Mohiden selaku YDP DPMM Pulau Pinang.

Kemuncak kemarahan Rizal Faris ialah bila dia telah menghayun dan melepaskan satu tumbukan padu ke muka Setiausaha Usaha Agung DPMM Datuk A.Rahim itu, biarpun cuba dihalang oleh dua lagi Datuk yang bersama dengan A.Rahim, namun ada sorang kawan kepada gurkah politik di'port' telah yang bekerja di 'airport' itu telah me'roger' gurkah ini mengatakan yang tumbukan itu tetap kena, dan menyebabkan A.Rahim beredar tergesa-gesa dari situ.

"Hang jaga hang! Aku nanti cari hang!" jerit Rizal Faris terhadap A.Rahim yang sedang lari jauh dari situ untuk elak kejadian yang lebih teruk setelah melihat Rizal Faris 'sedang naik sheh'.

Rizal Faris juga telah memberitahu Datuk yang lagi dua itu yang dia akan membaling kasut ke muka Datuk A.Rahim pada mesyuarat agung tahunan DPMM yang akan datang.

"Macammana ada sorang wartawan Iraq yang baling kasut kat muka Bush dulu, macam tu dia nanti mendapat!" itu jawapan kepada sorang gurkah politik yang sengaja menalifon Rizal sebab nak hangatkan hati dia pada pagi-pagi yang sejuk ini. ..Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
'Cheers' untuk Rizal Faris yang ada semangat 'fighter'.

...dan yang gelak besaq dalam kes ini ialah Dato' Hj.Rafiq, bekas Tim.YDP DPMM Pulau Pinang.. Kah..Kah..Kah..

1 comment:

  1. bila msa ydp penang tumbuk bekas S/U dpmm malaysia tu???

    ReplyDelete